Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Sorotan Getaran 2021: Kemelut Isu Industri Kreatif Hiburan (Perfileman)

Sama ada dalam industri muzik atau perfileman, ada sebahagian daripada kemelut ini yang masih belum lagi menemui kesudahan, terutama dalam isu bayaran drama dan isu bayaran royalti. Ini sorotan 2021 khas perfileman.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Dec 2021 4:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan telah mencetuskan pelbagai kemelut di dalam industri kreatif hiburan tanah air. 

Sama ada dalam industri muzik atau perfileman, ada sebahagian daripada kemelut ini yang masih belum lagi menemui kesudahan terutama dalam isu bayaran drama dan isu bayaran royalti. 

Ikuti Sorotan Getaran terhadap kemelut yang berlaku sepanjang 2021 dalam industri kreatif hiburan apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan stesen penyiar TV sentiasa dikecam kerana dianggap tidak membantu dalam usaha membangunkan ekosistem industri kreatif hiburan yang sihat. 

 

Isu Penggiat Seni Tegur Ahmad Idham

Ketika aktiviti penggambaran dibekukan kerana Perintah Kawalan Pergerakan selama beberapa bulan lamanya, ramai penggiat seni perfileman yang terpaksa bergelut untuk kelangsungan hidup.

Ada yang dihalau keluar dari rumah, ada yang tidak dapat membayar duit ansuran kereta, ada yang terpaksa berpindah dan pulang ke kampung dan ada juga yang terpaksa mencatu makan.

Pada saat-saat yang cukup getir ini, mereka mengharapkan FINAS bakal melakukan sesuatu untuk membantu meringankan keperitan hidup.

Tetapi posting yang dimuat naik oleh Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri di Instagram adalah, “Banyak anjing menyalak.”  Sudah pastilah ia menuai kritikan para penggiat seni. 

Gambar Fail
Gambar Fail

Antara yang menegur perbuatan itu ialah pengasas KL Motion Pictures, Wan Hasliza, yang berkata bahawa sikap tersebut tidak bagus apalagi pada waktu itu dia sedang mewakili FINAS.

 

Isu Pengagihan Dana Dan Geran FINAS

Dalam tempoh setahun ini juga, FINAS turut berdepan dengan beberapa kontroversi dan dakwaan daripada pelbagai pihak.  Terdahulu FINAS telah memberikan geran untuk naskah Angel of Sandakan yang merupakan sebuah projek Datuk Afdlin Shauki. 

Namun, setelah 3 minggu selebriti versatil ini  mengumumkan penyertaan dalam parti politik PKR, FINAS secara tiba-tiba menarik balik geran yang telah dipersetujui itu dengan alasan ia gagal mengikut syarat yang ditetapkan.

Selain itu, pengarah tersohor U-Wei Hj. Saari juga telah mempersoalkan keputusan akhir karyanya Wangi Jadi Saksi yang ditolak tanpa alasan bagi mendapatkan Dana Filem Kenegaraan. Pengarah itu pelik mengapa permohonannya ditolak kerana dia telah mematuhi semua syarat yang ditetapkan.

U-Wei Hj. Saari. Gambar: Wikipedia
U-Wei Hj. Saari. Gambar: Wikipedia

U-Wei kemudian mengatakan ada sumber daripada FINAS mendakwa permohonannya ditolak atas arahan ‘orang atasan’.

U-Wei menyenaraikan dua kemungkinan yang bersifat peribadi iaitu pertama, kerana dia menolak untuk mengepalai persatuan pengarah yang baharu bagi memadamkan persatuan pengarah sedia ada iaitu FDAM.

Kedua, kerana dia pernah menolak mengikuti sebuah acara menyampaikan cek sumbangan bersama menteri.

Tidak lama selepas itu FINAS sekali lagi dilanda kontroversi apabila seorang pengarah dan penulis skrip, Asri Alias mendakwa pengagihan Dana Kandungan Digital (DKD) bersifat berat sebelah apabila dana tersebut diberikan kepada produksi yang mempunyai kaitan kekeluargaan dengan seseorang yang berjawatan tinggi di FINAS. 

Namun begitu, ketika Getaran mendapatkan reaksi FINAS, pihak badan tersebut mengatakan bahawa FINAS tidak terlibat dalam pemilihan syarikat tersebut kerana ia diputuskan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

 

Isu Asri Bikin Laporan Polis Ke Atas FINAS 

Gagal mendapatkan sebarang maklum balas yang telus daripada FINAS, Asri Alias telah membuat laporan polis pada 20 Ogos lalu, disusuli dengan laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) tidak lama kemudian mengenai dakwaan berlaku penyelewengan pengagihan Dana Filem Cereka DKD. 

Asri Alias. Gambar Fail
Asri Alias. Gambar Fail

Kedua-dua laporan yang dibuat Asri itu berdasarkan rujukan dan penelitian melalui Akta 694 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) mengikut Seksyen 3, Seksyen 23 dan Seksyen 50 (1) berserta Akta 244 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (FINAS) mengikut Seksyen 12.

Asri membuat kedua-dua laporan tersebut setelah dicabar penerbit Kuasatek Pictures Sdn. Bhd. di laman Facebook pada 6 Julai lalu yang mencabarnya supaya mengetengahkan hal tersebut kepada pihak berkuasa. 

 

Kempen Solidariti Industri Kreatif

Sepanjang tempoh PKP yang semakin berterusan kerana kes COVID-19 tidak mencatatkan penurunan, ramai penggiat seni yang berada dalam keadaan cukup kritikal apabila wang simpanan mereka sudah mula menyusut dan mereka juga sudah tidak mampu lagi untuk meneruskan kehidupan. 

Situasi kru penerbitan drama dan filem pada ketika itu ibarat menunggu bom masa yang bila-bila waktu sahaja akan meletus. Namun, tiada sebarang tindakan dilakukan badan berwajib untuk menangani permasalah ini. 

Oleh itu, penggiat seni telah melancarkan kempen Solidariti Industri Kreatif bagi menyuarakan rintihan dan suara hati mereka, lebih-lebih lagi setelah seorang pengarah filem mengambil keputusan untuk membunuh diri akibat tekanan yang dialami sepanjang PKP.

 

Isu Produksi Langgar SOP

Setelah beberapa bulan berlalu, akhirnya kerajaan memberi keizinan untuk industri hiburan beroperasi dengan syarat dan SOP yang ketat.

Namun begitu, beberapa produksi pernah dipanggil kerana gagal mematuhi SOP yang digariskan seperti memakai pelitup muka dan menjaga jarak walaupun rakaman dilakukan semasa PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan). 

Antaranya ialah program ‘All Together Now Malaysia’ (ATNM) yang menerima kecaman yang bertubi-tubi oleh warganet. Penerbit dan kru rancangan itu telah dipanggil oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Gambar Fail
Gambar Fail

Bukan itu sahaja, tidak lama selepas itu industri dikejutkan dengan kes penyalahgunaan dadah serta jangkitan COVID-19 yang melibatkan pasukan produksi dan pelakon di Kuala Kangsar.

Ia adalah berita yang hangat diperkatakan apatah pada waktu itu industri seni baru sahaja diberi keizinan untuk melakukan penggambaran. 

Rentetan kes ini, pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid mengadakan pemeriksaan mengejut di set serta menyenarai hitam penerbit, tenaga produksi dan pelakon yang terlibat.

Dia turut mengingatkan penggiat seni untuk patuh kepada SOP dan jangan memburukkan nama baik industri kreatif negara.

 

Isu Bayaran Drama Dan Kutipan Royalti Termasuk Filem 

Serangan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah melumpuhkan industri perfileman tanah air. Tiada sebarang penggambaran dapat dibuat dan kesannya, ramai yang hilang punca pendapatan sehingga terpaksa mengangkat bendera putih. 

Bayangkan, jika sistem kutipan royalti dilaksanakan ke atas setiap kandungan drama dan filem tempatan, barangkali industri kita lumpuhnya tidak seteruk ini. 

Keadaan ini memaksa Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) untuk mencadangkan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) supaya memperkenalkan peraturan baharu kepada semua stesen penyiar agar menghentikan kaedah membuat 'outright buyout' dan menggantikannya dengan pembayaran 'residual' serta kutipan royalti untuk hak cipta sebuah karya atau rancangan bagi tujuan siaran.

Bertitik-tolak daripada itu, isu ini cukup hangat diperkatakan oleh warga industri perfileman, bahkan ramai penggiat filem yang turut meluahkan pandangan mereka tentang kedua-dua isu (outright buyout dan royalti) yang telah lama diperjuangkan ini. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang terkini iaitu Tan Sri Annuar Musa telah menyatakan kesediaannya untuk memperhalusi perkara ini demi kepentingan industri kreatif hiburan Malaysia dan memastikan ekosistem industri ini terus bergerak serta membantu menjana ekonomi negara. 

 

Isu Penganjuran FFM31 

Tindakan FINAS mahu menganjurkan Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) pada saat warga industri perfileman sedang bergelut dengan kelangsungan hidup telah menerima kritikan hebat dalam kalangan segelintir warga dan karyawan seni industri perfileman Malaysia. 

Rata-rata mereka menyifatkan bahawa tindakan FINAS itu seolah-olah bagaikan tidak peka dan tidak sensitif dengan suasana keadaan semasa serta nasib kebanyakan pekerja filem yang ketika itu hilang punca mata pencarian serta bergelut hebat untuk meneruskan kelangsungan hidup. 

Gambar Fail
Gambar Fail

Bantahan terhadap penganjuran FFM31 ketika pandemik mula tular di platform sosial media Twitter sebaik sahaja FINAS memuat naik borang penyertaan festival tersebut menerusi laman Facebook rasmi mereka 5 Julai lalu. 

Satu gerakan solidariti anak seni untuk membantah penganjuran FFM31 ini dengan penggunaan hashtag #solidariti #boikotffm #kempenboikotffm #kempenboikotffm31 telah dimulakan menerusi akaun pemilik Twitter ArtiSeni @arti_malaya1957.

Selaku penganjur, pihak FINAS tidak memberikan apa-apa maklum balas terhadap gerakan solidariti dan bantahan penganjuran FFM31.

Namun, tidak lama selepas itu, FINAS memberitahu bahawa mereka tidak bercadang untuk menganjurkan FFM31 dalam waktu yang terdekat. 

 

Isu Studio Perfileman 

Pandemik COVID-19 dan SOP penggambaran yang ketat menyebabkan banyak syarikat produksi drama dan filem tidak dapat meneruskan aktiviti penggambaran sehingga ia menyumbang kepada lumpuhnya ekosistem industri kreatif perfileman. 

Saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia terdahulu, Datuk Saifuddin Abdullah supaya syarikat-syarikat produksi menggunakan studio sebagai lokasi penggambaran mendapat kecaman kerana Malaysia tidak punya kelengkapan studio yang besar dan penuh infrastruktur sebagaimana negara-negara lain seperti India, China dan Korea Selatan.

Susulan daripada itu, Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Datuk Jurey Latiff Rosli telah mengeluarkan cadangan supaya kerajaan memperuntukkan RM350 juta kepada industri kreatif ketika pembentangan Belanjawan 2022 bagi membina sebuah perkampungan filem.

Iskandar Malaysia Studio. Gambar Fail
Iskandar Malaysia Studio. Gambar Fail

Walaupun cadangan ini menerima kecaman kerana dikhuatiri bakal menjadi projek gajah putih seperti mana yang berlaku terhadap E-Village di Cyberjaya, Ipoh dan Iskandar Malaysia Studio di Johor.

Namun perkampungan filem yang meliputi pembinaan studio filem dengan reka bentuk set, peralatan teknikal, kemudahan pengeluaran pos, akademi dan kawasan kediaman untuk artis sangat diperlukan bagi merealisasikan ekosistem baharu.

 

Pengunduran Dr. Ahmad Idham Sebagai CEO FINAS 

Perletakan jawatan Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri buat kali kedua sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) telah mengejutkan banyak pihak termasuklah warga industri perfileman. 

Dengan pantas, muncul pelbagai spekulasi yang melibatkan pengundurannya. 

Namun, perletakan jawatan Idham adalah kerana pelantikannya sebagai Setiausaha Kebudayaan, Kementerian Luar Negeri dan telah berkuatkuasa pada 1 November lalu. 

Ahmad Idham pertama kali dilantik menjadi CEO pada 11 Mac 2019. Namun, pada 9 Disember tahun yang sama, beliau meminta untuk dipendekkan perkhidmatannya kepada 10 Mac 2020.

Ahmad Idham kembali semula menjadi CEO FINAS pada 5 Jun 2020 sehinggalah mengambil keputusan mengundur diri pada September lalu. 

 

Isu Calon CEO FINAS 

Apabila Dr. Ahmad Idham mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai CEO FINAS  buat kali yang kedua, ramai warga industri perfileman mula membangkitkan isu calon yang paling layak untuk memegang jawatan kerusi panas tersebut. 

Malah, penilaian terhadap hasil usaha dan kerja Idham turut dibincangkan. Apapun, ada yang berpendapat jawatan CEO FINAS harus dipegang oleh calon penggiat industri dan ada juga yang berpendapat sebaliknya. 

Profesor Madya Dr. Md Nasir Ibrahim . Gambar Fail
Profesor Madya Dr. Md Nasir Ibrahim . Gambar Fail

Akhirnya, yang dipilih untuk menggantikan Ahmad Idham ialah Profesor Madya Dr. Md Nasir Ibrahim yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Dekan (Kajian dan Pengajian Graduasi) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). - Getaran, 26 Disember 2021

Isu Pada

Di Balik Pesona Roberto Guiati

25 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Skim PERKESO Bagi Pekerja Sektor Perfileman Akan Dilaksanakan Segera

4

Filem & TV 9 bulan yang lalu

Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia Singkap Sejarah Perfileman Negara

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry