web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2026 8:44AM

Anthony Loke - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -,DAP akan mempertahankan semua kerusi disandang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain menyasarkan beberapa kerusi tambahan di Johor.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata jumlah sebenar kerusi tambahan yang akan ditandingi masih tertakluk kepada rundingan akhir bersama parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH), dijangka dimuktamadkan selewat-lewatnya hujung minggu ini.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung malam tadi.

“Mengambil kira pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor dan Negeri Sembilan serta keperluan untuk mengadakan PRN dalam tempoh 60 hari selepas 1 Jun 2026, Persidangan Kebangsaan DAP 2026 yang dijadualkan pada 12 Julai ini akan ditangguhkan kepada 16 Ogos 2026,” katanya.

Menurut Loke, proses pemilihan calon DAP bagi menghadapi kedua-dua PRN tersebut akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Calon yang dianggotai beliau sendiri, Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo, Timbalan Pengerusi Kebangsaan Nga Kor Ming, Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dan Ketua Parlimen DAP Chong Chieng Jen.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata, DAP menyokong pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang dijadualkan pada persidangan Dewan Rakyat bermula 22 Jun ini.

“DAP komited untuk memastikan sokongan sebulat suara daripada kesemua 40 Ahli Parlimen DAP dan menyeru semua Ahli Parlimen agar memberikan sokongan bagi merealisasikan pindaan Perlembagaan yang bersejarah ini.

“DAP akan terus menyokong agenda reformasi institusi yang dilaksanakan kerajaan serta akan menjalankan kempen secara agresif dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan, bagi memastikan kemenangan PH,” katanya. - Getaran, 5 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Sukan 14 jam yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

oleh Wartawan Getaran