web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

Luar Negara Dikemaskini 14 jam yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2026 8:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LA GUAIRA (VENEZUELA) - Seekor kucing yang ditemui masih hidup di bawah timbunan runtuhan sebuah bangunan kediaman susulan gempa bumi di Venezuela menjadi simbol harapan, selepas seorang sukarelawan penyelamat menyifatkan penemuan itu sebagai sinar di sebalik kemusnahan melanda negara berkenaan.

Kucing itu diselamatkan semalan (waktu tempatan) ketika operasi mencari dan menyelamat dijalankan di sebuah kompleks perumahan di negeri pesisir La Guaira, kawasan yang paling teruk terjejas susulan dua gempa bumi berturut-turut melanda negara Amerika Selatan itu pada 24 Jun lalu.

Menurut AFP, lebih 5,100 orang terkorban dalam bencana tersebut, manakala pasukan penyelamat masih meneruskan usaha mencari mangsa di celah runtuhan bangunan serta membantu mereka yang terselamat.

Sukarelawan penyelamat, Andres Carvajal, berkata beliau ternampak kucing berkenaan ketika menjalankan pencarian di dalam runtuhan bangunan.

“Kami nampak kucing itu, tetapi ia ketakutan lalu melarikan diri lebih jauh ke dalam runtuhan bangunan,” katanya kepada AFP.

Tempoh sebenar kucing itu terperangkap di bawah timbunan runtuhan bagaimanapun masih belum dapat dipastikan.

Carvajal, 21, yang juga seorang pelajar universiti dan terlibat dalam operasi menyelamat secara sukarela berkata, beliau menanggalkan sarung tangan serta menggunakan makanan kucing untuk mendapatkan kepercayaan haiwan itu secara perlahan-lahan.

“Saya masuk ke dalam, menanggalkan sarung tangan dan meletakkan makanan kucing di atas lengan saya. Ia semakin menghampiri dan, sudah tentu, makan dengan penuh kelaparan,” katanya.

Carvajal berkata perkataan ‘el gato’ yang bermaksud “kucing” dalam bahasa Sepanyol tertulis pada topi keselamatannya kerana gelaran itu telah digunakan untuknya sejak di bangku sekolah rendah.

Beliau bersama rakan-rakan dari Universiti Pusat Venezuela di Caracas turut menubuhkan sebuah persatuan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat selepas gempa bumi itu berlaku.

Selepas berjaya dikeluarkan daripada runtuhan, kucing berkenaan dibawa ke sebuah kem penyelamatan sementara untuk menerima rawatan veterinar. 

Haiwan itu diberikan cecair, dibersihkan dan kemudiannya dipindahkan ke sebuah pusat perlindungan untuk penjagaan lanjut.

“Saya sangat gembira kerana kami berjaya menemuinya,” kata Carvajal.

“Mustahil untuk tidak berasa simpati terhadap setiap nyawa yang berada di sini. Penemuan anak kucing ini sememangnya menjadi sinar harapan di tengah-tengah tragedi,” katanya. - Getaran, 19 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Rosmah Mohon Doakan Najib Menjelang Prosedur Perubatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

oleh Sophia Ahmad