web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

Semasa Dikemaskini 5 jam yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2026 2:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cuaca buruk yang melanda Lembah Klang mengorbankan seorang lelaki selepas sebatang pokok tumbang menghempap dua kenderaan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, manakala hujan lebat turut mencetuskan banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Petaling Jaya.

Insiden itu berlaku berhampiran Suruhanjaya Tinggi Singapura malam tadi, apabila sebatang pokok besar menghempap sebuah Honda Accord dan sebuah Perodua Bezza yang membawa lapan penumpang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.20 malam.

Siasatan awal mendapati Honda Accord yang dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun mengalami kerosakan teruk selepas dihempap pokok berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 4 pagi Ahad akibat kecederaan yang dialami dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa sebelum itu berjaya dikeluarkan anggota bomba selepas tersepit di dalam kenderaan sebelum dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

Katanya, Perodua Bezza berkenaan dinaiki tujuh ahli keluarga yang terdiri daripada lima orang dewasa, seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan seorang bayi berusia dua bulan.

“Kesemua mereka tidak mengalami kecederaan luaran. Bagaimanapun, mereka masih berada di HKL untuk menjalani pemeriksaan lanjut termasuk sinar-X bagi memastikan tiada kecederaan dalaman,” katanya.

Sazalee berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selesai menjalankan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok tumbang kira-kira jam 12 tengah malam, manakala kedua-dua kenderaan yang rosak telah ditunda bagi memulihkan aliran trafik di Jalan Tun Razak.

Dalam perkembangan sama, hujan lebat yang melanda Lembah Klang sepanjang Sabtu turut menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan Petaling Jaya, dengan Medan Selera 223 di Seksyen 51A antara lokasi paling terjejas.

Kejadian itu merupakan kali ketiga dalam tempoh kurang tiga bulan medan selera popular berkenaan dilanda banjir, sekali gus menjejaskan operasi perniagaan serta menimbulkan semula kebimbangan mengenai masalah sistem saliran di kawasan itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai banjir pada jam 4.35 petang sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya ke lokasi.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pasukan bomba tiba kira-kira 20 minit kemudian dan mendapati paras air mencecah anggaran dua meter.

“Pasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya tiba di lokasi kira-kira 20 minit selepas laporan diterima dan mendapati kedalaman air banjir dianggarkan dua meter.

“Bagaimanapun, kejadian itu tidak memerlukan pemindahan penduduk yang terjejas,” katanya.

Seramai 12 anggota bomba bersama sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dikerahkan ke lokasi.

Menurut JBPM, paras air mula surut ketika pasukan penyelamat tiba dan tiada mangsa atau pemindahan penduduk dilaporkan.

Sehingga jam 5 petang Sabtu, jabatan itu turut menerima empat panggilan kecemasan melibatkan kejadian pokok tumbang di beberapa lokasi sekitar Selangor, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kemudian mengesahkan air banjir di kebanyakan kawasan terjejas telah surut.

Antara lokasi yang terjejas ialah stesen minyak BHP di Jalan 222, Jalan 14/1, Terowong FAS, Kampung Chempaka, Medan Selera 223, Jalan Seroja di Kampung Sungai Kayu Ara dan Lorong 16/7A.

Menurut MBPJ, laluan di stesen minyak BHP telah dibuka semula selepas air surut.

“Di Terowong FAS, air banjir juga telah surut, namun dua buah kenderaan terjejas dan sedang dialihkan.

“Sementara itu, di Kampung Chempaka, Jalan Seroja Kampung Sungai Kayu Ara dan Lorong 16/7A, air banjir telah surut tanpa melibatkan pemindahan penduduk, manakala pemilik premis sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan,” menurut kenyataan MBPJ.

Di Medan Selera 223, pihak berkuasa membantu mengalihkan kenderaan yang terkandas selain menjalankan kerja-kerja pembersihan, manakala pasukan Tenaga Nasional Berhad turut dihantar untuk memeriksa keadaan bekalan elektrik di kawasan itu.

MBPJ turut memaklumkan berlaku peningkatan paras air di sebuah rumah di No. 14, Jalan 1A/71G (Jalan Carey), namun status terkini keadaan masih belum dikemas kini.

Dalam kejadian berasingan, sebatang pokok tumbang di Lorong 4/49E berjaya dialihkan oleh pihak berkuasa.

Rakaman video yang tular di media sosial sebelum ini memaparkan air banjir berlumpur memenuhi Medan Selera 223 sehingga paras bawah pinggang, sekali gus mengganggu aktiviti peniaga dan pelanggan sebelum keadaan beransur pulih pada sebelah malam.

Pihak berkuasa kini terus meningkatkan tahap kesiapsiagaan berikutan ramalan cuaca yang menunjukkan kemungkinan hujan lebat berterusan di sekitar Lembah Klang. - Getaran, 19 Julai 2026

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 minit yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 33 minit yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad