web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Politik Dikemaskini 15 minit yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2026 10:43AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KLAWANG - Empat calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, Pertang, Sungai Lui dan Klawang tiba di Dewan Besar Kuala Klawang pagi ini bagi menghadiri proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Calon-calon berkenaan ialah Anthony Loke Siew Fook (Chennah), Mohd Umry Abdul Khois (Pertang), Zainal Fikri Abd Kadir (Sungai Lui) dan Bakri Sawir (Klawang).

Mereka tiba kira-kira jam 8.47 pagi dengan diiringi beberapa pemimpin utama PH, termasuk Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu; Penasihat DAP, Lim Guan Eng; serta Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo.

Ketibaan rombongan PH disambut penyokong parti yang mengiringi mereka dengan paluan gendang di luar pusat penamaan calon.

Sementara itu, tiga calon Barisan Nasional (BN) tiba di lokasi sama kira-kira pukul 8.55 pagi.

Mereka ialah Datuk Seri Jalaluddin Alias bagi DUN Pertang, Siow Kong Choon (Chennah) dan Datuk Mohd Razi Mohd Ali (Sungai Lui).

Kesemua calon BN diiringi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Proses penamaan calon bagi PRN Negeri Sembilan berlangsung serentak di pusat-pusat penamaan calon yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan calon bertanding secara rasmi pada pilihan raya negeri itu. - Getaran, 18 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minit yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

3

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

4

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Singapura 15 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 minit yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar