web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Politik Dikemaskini 31 saat yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2026 12:39PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP secara rasmi beralih ke blok pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, sekali gus menandakan pengunduran parti itu daripada pentadbiran kerajaan negeri selepas memutuskan untuk melepaskan semua jawatan pentadbiran.

Empat ADUN berkenaan ialah ADUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin; ADUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee; ADUN Kota Laksamana, Low Chee Leong; dan ADUN Banda Hilir, Leng Chau Yen.

Peralihan mereka pada hari ketiga persidangan DUN Melaka menjadikan jumlah wakil pembangkang meningkat kepada enam berbanding hanya dua sebelum ini.

Blok pembangkang kini dianggotai Ketua Pembangkang, Dr Mohd Yadzil Yaakub yang juga ADUN Bemban dan kini merupakan Ahli Bebas, ADUN Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusoh daripada Perikatan Nasional (PN), serta empat ADUN DAP tersebut.

Bagaimanapun, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka yang juga ADUN Bukit Katil daripada Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari, kekal berada di blok kerajaan.

Perubahan kedudukan itu susulan pengumuman Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, pada Selasa bahawa parti berkenaan menarik diri daripada pentadbiran kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta selepas DUN Melaka meluluskan usul berkaitan ADUN Lantikan.

Menurut Poay Tiong, keputusan itu selaras dengan pendirian DAP yang menolak pindaan Perlembagaan Negeri kerana didakwa bercanggah dengan prinsip demokrasi serta menjejaskan mandat diberikan oleh rakyat menerusi pilihan raya.

Sehubungan itu, semua wakil DAP yang memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri turut meletakkan jawatan, termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Allex Seah; Timbalan Exco, Low Chee Leong dan Leng Chau Yen; serta Timbalan Speaker DUN, Kerk Chee Yee.

Keputusan tersebut turut mendapat reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menggesa DAP Melaka supaya mempertimbangkan semula dan menangguhkan pengunduran daripada kerajaan negeri bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada usaha pembangunan serta kebajikan rakyat.

Pengunduran DAP itu sekali lagi  mengubah landskap politik Melaka apabila pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional kini berdepan kehadiran blok pembangkang yang lebih kukuh dalam Dewan Undangan Negeri. - Getaran, 15 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 2 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

2

Politik 18 jam yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid 

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 minit yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Syed Saddiq: Pengeluaran RM1 Juta Tak Boleh Disamakan Dengan Pecah Amanah - Mahkamah Persekutuan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Melaka Lulus RUU, Bolehkan Pelantikan 7 ADUN Tanpa Pilihan Raya

oleh Sophia Ahmad