web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Semasa Dikemaskini 11 minit yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2026 10:24AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bau busuk yang berpunca daripada sebuah unit apartmen di Ampangan, Seremban membawa kepada penemuan mayat seorang wanita berusia 40 tahun yang sudah mereput, dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, polis menerima laporan daripada orang awam kira-kira jam 5.40 petang semalam, selepas penduduk menyedari terdapat bau yang kurang menyenangkan dari unit apartmen berkenaan.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Seremban kemudian bergegas ke lokasi sebelum membuka pintu unit tersebut dan menemukan mangsa dalam keadaan tidak bernyawa.

“Polis menerima laporan serta maklumat daripada orang awam mengenai bau yang kurang menyenangkan dari sebuah unit kediaman di lokasi kejadian sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama JBPM Seremban untuk menjalankan pemeriksaan.

“Rumah berkenaan dibuka dengan bantuan pihak bomba, dan polis menemui seorang wanita yang dipercayai telah meninggal dunia sejak lima hingga enam hari lalu. Pemeriksaan di lokasi tidak menemukan sebarang kesan pergelutan, unsur jenayah atau tanda-tanda pecah masuk,” katanya hari ini. 

Menurut beliau, mangsa yang difahamkan merupakan seorang mualaf dan mempunyai sejarah masalah kesihatan, tinggal bersendirian di apartmen berkenaan.

Mohd Yatim berkata, pegawai perubatan mengesahkan kematian mangsa di lokasi sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk menjalani bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR), dan siasatan masih diteruskan sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Getaran, 13 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

2

Semasa 2 hari yang lalu

2 Lelaki Direman 7 Hari, Bantu Siasatan Kes Kematian Di Hotel

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dakwa Dibuli, Suspek Tikam Pelajar Di Banting Simpan Rasa Tidak Puas Hati

4

Semasa 3 hari yang lalu

Wanita Rugi RM183,100 Diperdaya Sindiket Love Scam

Sorotan

1

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

2

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

3

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

4

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

5

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

6

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

oleh Sophia Ahmad