web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Rugi RM183,100 Diperdaya Sindiket Love Scam

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2026 2:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga emas kerugian RM183,100 selepas menjadi mangsa sindiket love scam yang memperdayakannya menggunakan identiti palsu sebagai tokoh korporat dan pakar perubatan bagi meraih kepercayaan mangsa.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa yang merupakan pesara kerajaan berusia 70 tahun mula berkenalan dengan dua suspek menerusi aplikasi Facebook Messenger pada penghujung April lalu.

Menurutnya, kedua-dua suspek memperkenalkan diri sebagai seorang eksekutif korporat dan seorang doktor pakar yang kononnya menetap di luar negara.

“Selepas berjaya meraih kepercayaan mangsa, suspek mendakwa mereka memerlukan bantuan kewangan bagi menjelaskan yuran guaman berkaitan urusan perniagaan.

“Mereka memaklumkan yuran tersebut berkaitan urusan kontrak pembinaan dan pelepasan cek bernilai RM346,596 yang didakwa akan disumbangkan kepada sebuah persatuan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Raiz Mukhliz berkata, suspek turut menjanjikan mangsa akan menerima sejumlah wang selepas proses berkenaan selesai.

Beliau berkata, mempercayai dakwaan itu, mangsa membuat lapan transaksi pindahan wang berjumlah RM183,100 ke beberapa akaun bank yang diberikan suspek menggunakan wang simpanan peribadinya.

“Bagaimanapun, suspek terus meminta bayaran tambahan atas pelbagai alasan walaupun mangsa telah membuat semua pembayaran yang diminta.

“Mangsa akhirnya menyedari dirinya telah diperdaya sebelum tampil membuat laporan polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Getaran, 9 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

2

Semasa 1 hari yang lalu

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

3

Semasa 2 hari yang lalu

Pertelingkahan Bertukar Ganas, Warga Emas 80 Tahun Cedera Dipukul Batang Besi

4

Semasa 3 hari yang lalu

Hilang Ketika Program Tahfiz, Kanak-Kanak 11 Tahun Ditemui Maut

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.1 Landa Perairan Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bakar Pekerja Kedai Nombor Ramalan, Pemandu E-Hailing Didakwa Cuba Membunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

‘Jadikan Nilai Islam Contoh Dalam Pentadbiran, Pendidikan’ - PM

oleh Sophia Ahmad