Berita Terkini
Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Feb 2020 9:10PM
Selamat datang ke laman web kami. Sekiranya anda terus melayari dan menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan terma dan syarat penggunaan berikut, yang bersama dengan polisi privasi kami yang mentadbir hubungan Getaran dot com Sdn Bhd dengan anda berkaitan dengan laman web ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian terma dan syarat ini, sila jangan gunakan laman web kami ini. Istilah ‘Getaran dot com Sdn Bhd’ atau ‘kami’ adalah merujuk kepada pemilik laman web ini. Istilah ‘anda’ adalah merujuk kepada pengguna atau pengunjung laman web kami.
Syarat Penggunaan ini mengandungi pemahaman dan persetujuan yang lengkap dan menyeluruh antara anda dan Getaran dot com Sdn Bhd berkenaan dengan laman web ini dan menggantikan sebarang dan semua pemahaman yang sebelumnya atau pemahaman semasa yang berkaitan dengan laman web ini dan penggunaannya oleh anda. Syarat Penggunaan ini tidak boleh dipinda secara lisan. Sekiranya ada peruntukan di dalam Syarat Penggunaan ini dianggap menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak dapat dilaksanakan, ini tidak akan mempengaruhi peruntukan-peruntukan lain dan Syarat Penggunaan ini akan dianggap sebagai dipinda sejauh mana yang diperlukan untuk menjadikannya menurut undang-undang, sah dan dapat dilaksanakan. Kegagalan Getaran dot com Sdn Bhd untuk melaksanakan atau menguatkuasakan sebarang hak atau peruntukan di dalam Syarat Penggunaan ini tidak akan berfungsi sebagai pengabaian hak atau peruntukan tersebut.
Laman web ini dan kandungannya adalah hak cipta Getaran dot com Sdn Bhd – © [Getaran dot com] [2021]. Hak cipta terpelihara.
Sebarang pengedaran semula atau pengeluaran semula sebahagian atau semua kandungan dalam apa sekali bentuk dan cara dilarang selain daripada yang berikut:
Penggunaan laman web ini tertakluk kepada syarat penggunaan berikut:
Maklumat yang terkandung di dalam laman web ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Maklumat tersebut diberikan oleh Getaran dot com Sdn Bhd dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat representasi atau jaminan dari apa jua segi, secara tersurat mahupun tersirat, mengenai kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan berkenaan dengan laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan atau grafik berkaitan yang terkandung di dalam laman web untuk tujuan apa pun. Sebarang pergantungan yang anda berikan pada maklumat tersebut adalah oleh itu, secara tegasnya di atas risiko anda sendiri.
Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan termasuk tanpa batasan, kerugian atau kerosakan secara tidak langsung atau kerugian atau kerosakan berikutnya atau kerugian atau kerosakan apa pun yang timbul dari kehilangan data atau keuntungan yang timbul daripada atau berkaitan dengan, penggunaan laman web ini. Melalui laman web ini anda boleh membuat pautan ke laman web-laman web lain yang tidak berada di bawah kawalan Getaran dot com Sdn Bhd. Kami tidak mempunyai kawalan terhadap sifat, kandungan dan ketersediaan laman web-laman web tersebut. Penyertaan sebarang pautan-pautan tidak semestinya membawa maksud sebagai suatu cadangan atau menyokong pandangan-pandangan yang dinyatakan di dalamnya.
Segala usaha dilakukan adalah untuk memastikan laman web sentiasa berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun, Getaran dot com Sdn Bhd tidak bertanggungjawab bagi dan tidak akan bertanggungjawab bagi, laman web tidak tersedia buat sementara waktu akibat daripada masalah teknikal yang berada di luar kawalan kami.
Tanggung rugi
Anda bersetuju untuk mengganti rugi, mempertahankan dan menahan daripada sebarang bahaya News Corp, Syarikat Gabungan dan pengganti mereka masing-masing dan penyerahhakkan, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja, wakil-wakil, ejen-ejen, pemberi-pemberi lesen, pembekal-pembelal dan penyedia-penyedia perkhidmatan daripada mana-mana dan semua tuntutan, liabiliti, kerosakan, kerugian, kos dan perbelanjaan (termasuk bayaran peguam yang munasabah), yang timbul dengan cara apa pun dari atau berkaitan dengan (a) penggunaan anda di dalam laman web ini, atau (b) pengingkaran atau pelanggaran Syarat Penggunaan ini. News Corp berhak untuk mengambil pembelaan eksklusif dan kawalan bagi setiap perkara yang tertakluk kepada ganti rugi oleh anda dan segala rundingan untuk penyelesaian atau kompromi, dan anda bersetuju untuk bekerjasama sepenuhnya dengan kami di atas permintaan kami.
HAD TERHADAP LIABILITI
TERHADAP SEJAUH MANA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BOLEH DIGUNA PAKAI, GETARAN DOT COM SDN BHD DAN SEKUTUNYA DAN PENGARAH-PENGARAH, PEGAWAI-PEGAWAI, PEKERJA-PEKERJA DAN EJEN-EJEN MASING-MASING TIDAK BERTANGGUNGJAWAB BAGI SEBARANG KERUGIAN ATAU KEROSAKAN (SECARA LANGSUNG, SECARA TIDAK LANGSUNG, PUNITIF, BENAR, SECARA SELANJUTNYA, SECARA SAMPINGAN, KHAS, TELADAN ATAU SEBALIKNYA) YANG DISEBABKAN OLEH SETIAP PENGGUNAAN, ATAU TIDAK DAPAT MENGGUNAKAN, LAMAN WEB INI ATAU SEBARANG KANDUNGAN, MAKLUMAT, PERISIAN DAN SEBARANG BAHAN-BAHAN LAIN, TIDAK MENGIRA ATAS DASAR APA LIABILITI DITUNTUT DAN JUGA SEKIRANYA GETARAN DOT COM SDN BHD TELAH DINASIHATKAN BERKENAAN DENGAN KEMUNGKINAN UNTUK MENGALAMI KERUGIAN ATAU KEROSAKAN. SEKIRANYA UNDANG-UNDANG YANG BOLEH DIGUNA PAKAI TIDAK MEMBENARKAN KESEMUA ATAU SEBAHAGIAN DARIPADA HAD TERHADAP LIABILITI SEPERTI DIATAS UNTUK BERKUATKUASA TERHADAP ANDA, HAD-HAD TERSEBUT AKAN BERKUATKUASA TERHADAP ANDA HANYA BAGI SEJAUH MANA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BOLEH DIGUNA PAKAI.