Berita Terkini

3 hari yang lalu: Lebih 10,000 unit Residensi MADANI dan Wilayah disasar dibangunkan di Putrajaya bermula tahun ini - Dr Zaliha 3 hari yang lalu: Kerajaan teliti secara terperinci sebelum buat keputusan tawaran anjur Sukan Komanwel 2026- PM 2 minggu yang lalu: Kadar zakat fitrah bagi Terengganu ditetapkan RM10, RM22 seorang tahun ini - MAIDAM 2 minggu yang lalu: Zakat fitrah bagi negeri Sabah ditetapkan RM7.50 seorang tahun ini - MUIS 2 minggu yang lalu: Sebuah helikopter terhempas di Kuala Selangor pagi tadi - APMM

IKUTI KAMI


Notis Privasi

Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2020 9:10PM

1. SKOP

Privasi Notis ini (“Notis”) berkenaan dengan maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh Syarikat terhadap pengunjung ke laman web [www.getaran.my] (“laman web”). Notis Privasi ini menerangkan secara terperinci jenis-jenis maklumat yang kami kumpulkan mengenai anda; bagaimana kami menggunakan maklumat anda dan dengan siapa kami kongsikan; pilihan-pilihan dan hak-hak yang anda miliki berkenaan dengan maklumat anda; bagaimana kami melindungi maklumat anda; dan bagaimana anda boleh menghubungi kami berkenaan dengan amalan privasi kami.

Apabila anda melayari laman web, anda melayari laman web Getaran dot com Sdn Bhd. Sekutu-sekutu Getaran dot com Sdn Bhd mengendalikan sebilangan besar laman web-laman web dan juga perkhidmatan-perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pelbagai perniagaan, jenama dan produk Getaran dot com Sdn Bhd. Setiap satu perkhidmatan ini, yang anda pilih untuk layari mempunyai notis privasi yang berbeza daripada Notis Privasi ini kerana sifat perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.

Laman web ini adalah ditujukan untuk khalayak umum, dan kami tidak dengan sengaja mengumpulkan maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Tambahan pula, sila periksa Syarat Penggunaan kami, yang mengendalikan penggunaan anda terhadap perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.

2. MAKLUMAT YANG DIKUMPULKAN DAN DIPEROLEH OLEH KAMI 

Kami memperoleh maklumat peribadi melalui laman web ini berkenaan dengan anda daripada pelbagai sumber. Ini adalah termasuk maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami secara langsung, maklumat yang diperoleh oleh kami daripada sumber-sumber lain, dan maklumat yang dikumpulkan melalui cara automatik.

Maklumat yang anda berikan kepada laman web Getaran dot com Sdn Bhd. Apabila anda mengakses kepada ciri-ciri tertentu laman web tersebut, atau berhubung secara langsung dengan kami, kami mungkin mengumpul beberapa jenis maklumat daripada anda:

  • Maklumat untuk berhubung (seperti nama, alamat, emel dan nombor telefon dan/atau nombor telefon bimbit);
  • Data pekerjaan (seperti profesion, jawatan, pangkat, syarikat);
  • Maklumat lain yang anda berikan kepada kami, seperti melalui ciri “Hubungi Kami”; dan

Maklumat yang diperoleh daripada sumber-sumber lain. Kami mungkin memperoleh maklumat peribadi mengenai anda melalui laman web daripada sumber-sumber yang tersedia secara umum dan komersial dan daripada penyedia perkidmatan kami, termasuk data lokasi geo.

Maklumat yang diperoleh daripada cara automatik melalui laman web kami. Kami juga mengumpulkan maklumat melalui cara automatik (seperti cookies, suar web (“web beacons”), log pelayan web (“web server logs”), JavaScript dan yang lain yang mempunyai teknologi yang serupa), termasuk melalui teknologi-teknologi yang dicipta untuk memperoleh maklumat berkenaan penggunaan anda di dalam laman web ini. Maklumat yang kami peroleh di dalam cara ini adalah termasuk:

  • Alamat Protokol Internet (IP) anda;
  • Maklumat peranti, termasuk pengecam unik dan maklumat sambungan, termasuk cara sambungan internet (sebagai contoh sambungan WiFi, ISP);
  • Jenis dan tetapan peranti anda, perisian yang digunakan, jenis penyemak imbas dan sistem operasi;
  • Pilihan Bahasa;
  • Laman web atau perkhidmatan lain yang anda layari sebelum dan selepas melayari laman web (merujuk kepada URL);
  • Laman web yang anda lihat dan pautan yang anda klik, dan pertanyaan carian apa yang mungkin anda jalankan, laman web (aliran klik);
  • Tarikh dan masa anda akses atau gunakan laman web; dan
  • Maklumat lokasi, termasuk bandar dan negeri yang dikaitkan dengan pengecam unik.

3. BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT YANG KAMI PEROLEH

Kami, atau penyedia perkhidmatan yang bertindak bagi pihak kami, boleh menggunakan maklumat yang dikumpulkan dari dan berkenaan anda untuk:

  • Menyediakan perkhidmatan kami;
  • Membalas pertanyaan daripada anda dan pihak ketiga yang lain, termasuk pertanyaan dari agensi penguatkuasaan undang-undang;
  • Pentanpanamaaan atau nyah-mengenal pasti maklumat peribadi untuk memberikan laporan data gabungan kepada anak syarikat dan sekutu kami serta pihak ketiga yang menunjukkan maklumat tanpa nama dan maklumat bukan peribadi yang lain;
  • Mengendalikan, menilai dan meningkatkan perniagaan kami (termasuk mengembangkan, meningkatkan, menganalisis dan memperbaiki laman web kami; menguruskan komunikasi kami; melaksanakan data dan analisis statistik; dan melaksanakan perakaunan, pengauditan dan fungsi dalaman lain);
  • Melindungi daripada, mengenal pasti dan mencegah penipuan dan aktiviti lain yang tidak sah dari segi undang-undang, tuntutan-tuntutan dan liabiliti-liabiliti lain;
  • Mematuhi dan menguatkuasakan syarat undang-undang, industri piawaian yang relevan, kewajiban kontrak dan syarat perkhidmatan kami serta polisi-polisi lain; dan
  • Dengan cara lain yang kami berikan notis khusus semasa pengumpulan.

4. MAKLUMAT YANG KAMI KONGSIKAN

Kami mungkin kongsikan maklumat peribadi anda:

  • Dengan Penyedia Perkhidmatan kami. Bersama penyedia perkhidmatan kami yang melakukan perkhidmatan bagi pihak kami.
  • Untuk Keperluan dan Prosiding Undang-Undang. Kami mungkin mendedahkan maklumat kepada pihak berkuasa atau badan-badan kerajaan yang lain jika kami dipohon untuk melakukan sedemikian untuk mematuhi dengan sepina, perintah-perintah Mahkamah, proses undang-undang atau penguatkuasaan undang-undang yang lain atau langkah-langkah kerajaan yang lain, dan untuk mematuhi dengan obligasi undang-undang yang lain. Kami juga boleh mendedahkan maklumat sekiranya kami percaya bahawa pendedahan tersebut adalah diperlukan atau sesuai berkaitan dengan penyiasatan terhadap penipuan yang disyaki atau penipuan yang benar berlaku atau pun terhadap kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang.
  • Untuk melindungi Perkhidmatan dan Pengguna kami. Kami mungkin mendedahkan maklumat untuk melindungi dan mempertahankan hak, kepentingan dan keselamatan laman web, anak-anak syarikat dan sekutu kami, dan pekerja-pekerja, kontraktor-kontraktor dan ejen-ejen mereka; untuk melindungi sekuriti dan keselamatan pengguna laman web kami, termasuk apabila kami yakin pendedahan tersebut diperlukan atau sesuai untuk mencegah bahaya secara fizikal atau kerugian dari segi kewangan.
  • Untuk Pemindahan Perniagaan. Sekiranya penjualan atau pemindahan yang dicadangkan atau diselesaikan bagi semua atau sebahagian daripada perniagaan atau aset kami (termasuk sekiranya berlaku penyusunan semula, pembubaran atau penggulungan).
  • Maklumat Bukan Peribadi. Apabila maklumat yang dikumpulkan dari atau berkenaan anda tidak ditakrifkan sebagai maklumat peribadi berdasarkan undang-undang yang boleh diguna pakai, kami boleh mengkongsikan maklumat bukan peribadi tersebut, nyah-mengenal pasti maklumat atau gabungan maklumat dengan pihak-pihak ketiga mengikut budi bicara kami.

5. PILIHAN-PILIHAN DAN HAK-HAK ANDA

Kami menawarkan anda beberapa pilihan dan juga mempunyai beberapa hak berkenaan dengan maklumat peribadi yang kami kumpulkan berkenaan dengan anda.

Anda boleh memilih untuk menggunakan laman web tanpa memberikan sebarang maklumat berkenaan anda sendiri kepada kami secara langsung, tetapi sila ambil perhatian, terhadap apa yang dinyatakan seperti di bawah, beberapa maklumat boleh dikumpulkan secara automatik atau dipohon oleh kami agar membolehkan anda untuk memanfaatkan ciri-ciri tertentu di dalam laman web. 

Kami mungkin menggunakan perkhidmatan analisis pihak-pihak ketiga di dalam laman web kami, seperti Analisis Google. Penyedia Analisis ini yang mentadbir perkhidmatan-perkhidmatan ini dengan menggunakan teknologi-teknologi seperti cookies, suar web dan teknologi-teknologi yang serupa untuk membantu kami menganalisis penggunaan laman web ini oleh anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara untuk tidak menyertai perkhidmatan Google Analisis, sila layari pautan seperti di bawah:

Analisis Google: https://tools.google.com/dlpage/gaoptout

Tertakluk kepada undang-undang yang boleh diguna pakai, anda mungkin mempunyai hak-hak tertentu untuk mengakses, memeriksa, mengemas kini, menghapus dan/atau membetulkan ketidaktepatan terhadap maklumat peribadi anda yang berada dalam jagaan dan kawalan kami dengan mengemelkan atau menulis kepada kami di [email protected]. Kami mungkin meminta maklumat peribadi tertentu bagi tujuan pengesahan identiti bagi individu yang memohon akses kepada rekod maklumat peribadinya.

6. BAGAIMANA KAMI MELINDUNGI MAKLUMAT PERIBADI

Kami mengekalkan perlindungan pentadbiran secara teknikal dan fizikal yang dicipta untuk melindungi maklumat peribadi yang kami ada mengenai anda daripada secara tidak sengaja, tidak sah dari segi undang-undang atau yang tidak dibenarkan musnah, hilang, dipinda, diakses, didedahkan atau digunakan. Namun begitu, tiada penghantaran atau penyimpanan data, atau penggunaan Internet, dapat menjamin sebagai selamat 100%.

7. PEMINDAHAN MAKLUMAT

Laman web ini dihoskan dalam dan ditadbir dari Malaysia, yang mana mungkin berada di luar negara di mana anda awalnya memberikan maklumat tersebut. Kami mungkin memindahkan maklumat peribadi yang kami kumpulkan berkenaan dengan anda ke negara lain, yang mungkin tidak dianggap mempunyai undang-undang perlindungan data yang sama dengan negara di mana anda pada mulanya memberikan maklumat tersebut. Undang-undang yang boleh diguna pakai di Malaysia dan/atau negara-negara yang lain boleh membenarkan Mahkamah-Mahkamah, pihak-pihak berkuasa dan pihak-pihak berkuasa keselamatan negara untuk mengakses terhadap maklumat peribadi anda ketika berada di negara tersebut. 

Sekiranya anda  adalah pengguna yang berada di luar Malaysia atau negara tempat maklumat anda dapat dipindahkan, anda memahami (dan, seperti yang dibenarkan di bawah undang-undang yang boleh diguna pakai, bersetuju bagi sebarang maklumat peribadi diproses di Amerika Syarikat dan/atau negara tersebut. Apabila kami memindah maklumat anda,  kami akan melindungi maklumat tersebut seperti yang dinyatakan di dalam Notis Privasi ini.

8. PERUBAHAN TERHADAP NOTIS PRIVASI KAMI

Dari masa ke masa, kami mungkin akan mengubah Privasi Notis kami untuk mencerminkan perubahan terhadap amalan privasi kami dan juga laman web kami. Sekiranya kami mengubah Privasi Notis, kami akan mengemas kini “Tarikh Diubah Terakhir” dan perubahan akan bermula pada tarikh kami mengemukakan Notis tersebut. Bagi perubahan bahan-bahan, kami akan memaklumkan anda dengan menyiarkan notis yang jelas menonjol di laman web kami yang menunjukkan di bahagian atas Notis Privasi bila ianya baru-baru dikemas kini dan/atau memohon persetujuan anda sebagaimana yang diperlukan.

9. BAGAIMANA HENDAK MENGHUBUNGI KAMI

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen berkenaan dengan Notis Privasi atau berkenaan dengan cara-cara kami atau penyedia perkhidmatan kami memperlakukan maklumat peribadi anda, anda ingin melaksanakan pilihan anda, atau ingin kami mengemas kini maklumat yang kami ada mengenai anda atau pilihan-pilihan anda, sila hubungi kami seperti berikut:

Emel: [email protected]

Anda juga boleh menulis kepada: [email protected]

NOTIS COOKIE

Seperti syarikat-syarikat yang lain, kami dan penyedia perkhidmatan kami dan rakan kongsi- rakan kongsi pihak ketiga termasuk penjual-penjual, penggunaan cookies, suar web dan teknologi-teknologi lain di dalam laman web kami (“laman web”) untuk mengumpul maklumat yang membantu kami memperbaiki pengalaman anda dan laman web kami. Seperti yang dinyatakan secara terperinci seperti di bawah, cookies dan juga teknologi-teknologi yang serupa (secara kolektif “cookies”) yang kami gunakan untuk membolehkan laman web berfungsi, dan membantu kami untuk memahami bagaimana untuk menyesuaikan laman web untuk lebih menarik minat anda.

APAKAH COOKIES?

Cookie” adalah suatu fail teks kecil yang diletakkan pada komputer pengunjung atau peranti-peranti lain yang disambungkan kepada Internet untuk mengenal pastinya secara unik atau menyimpan maklumat di penyemak imbas. “Suar Web” menghubungkan laman web ke pelayan-pelayan (“servers”) dan boleh digunakan untuk menghantar maklumat yang dikumpulkan melalui cookies kembali ke pelayan web (“web server”).

Cookies yang sangat diperlukan dan teknologi yang serupa adalah sangat penting untuk laman web ini bagi membolehkan laman web ini untuk berfungsi dengan betul. Anda boleh menyekat penempatan cookies melalui tetapan penyemak imbas anda, tetapi tanpanya, prestasi laman web mungkin terjejas dan anda mungkin tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan-perkhidmatan dan ciri-ciri kami. Cookies  ini boleh digunakan untuk membantu mencegah penipuan, keselamatan, dan membolehkan kemampuan membeli.

BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT YANG KAMI KUMPULKAN DARIPADA COOKIES DAN TEKNOLOGI YANG SERUPA DENGANNYA

Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan melalui cara automatik untuk membenarkan anda untuk mengakses ke laman web kami dan bagi tujuan am seperti berikut:

  • Lindungi Rangkaian Kami: Cookies dan teknologi yang serupa dengannya membantu kami mengenal pasti dan mencegah ancaman terhadap laman web kami. Mereka diperlukan untuk melindungi maklumat dan perniagaan daripada ancaman luar.
  • Membolehkan anda Mengakses ke Laman Web kami: Cookies dan teknologi yang serupa dengannya membenarkan sambungan ke Laman Web kami: pelayan-pelayan (“servers”) kami menerima dan merekodkan maklumat mengenai komputer dan peranti anda, dan penyemak imbas, termasuk kemungkinan alamat IP anda, jenis penyemak imbas, maklumat perisian atau perkakasan lain, dan lokasi geografi anda.
  • Akses Penggunaan Laman Web: Kami menggunakan maklumat mengenai penggunaan laman web oleh anda, seperti halaman-halaman yang anda layari dan pertanyaan carian yang telah anda jalankan, untuk menilai bagaimana laman web digunakan.

Tambahan pula, pihak-pihak ketiga yang menyokong laman web kami dengan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan lain, seperti membenarkan pengesanan penggunaan perkhidmatan agregat, mungkin juga menggunakan cookies dan teknologi-teknologi lain untuk mengumpulkan maklumat relevan terhadap peruntukan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut. Untuk maklumat lanjut terhadap bagaimana pihak-pihak ketiga menggunakan cookies dan teknologi-teknologi yang serupa di dalam laman web kami, sila lihat bahagian di bawah bagi Bagaimana Pihak-Pihak Ketiga Menggunakan Maklumat daripada Cookies dan Teknologi-Teknologi yang Serupa di dalam Laman Web Kami.

BAGAIMANA PIHAK-PIHAK KETIGA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DARIPADA COOKIES DAN TEKNOLOGI-TEKNOLOGI YANG SERUPA DI DALAM LAMAN WEB KAMI

Kami bekerja dengan pihak-pihak ketiga yang memberikan perkhidmatan-perkhidmatan untuk menyokong laman web kami. Sebagai contoh, kami menggunakan perkhidmatan analisis yang disokong oleh syarikat-syarikat pihak ketiga, yang menjana cookies analisis bagi pihak kami, seperti Analisis Google. Kami mungkin tidak akan mempunyai akses terhadap cookies tersebut, walau bagaimanapun kami mungkin menggunakan maklumat statistik yang timbul daripada cookies yang disediakan oleh pihak-pihak ketiga tersebut untuk menyesuaikan laman web dan bagi tujuan-tujuan lain yang dinyatakan di atas. Syarikat-syarikat tersebut mungkin juga memindahkan maklumat kepada pihak-pihak yang mana diperuntukkan oleh undang-undang atau di mana pihak-pihak lain yang memproseskan maklumat bagi pihak mereka.

Sila ambil perhatian bahawa Getaran dot com Sdn Bhd mungkin tidak mengawal cookies pihak-pihak ketiga dan teknologi-teknologi lain dan penggunaan mereka mungkin akan ditadbir oleh notis-notis privasi atau polisi-polisi pihak-pihak ketiga yang mentadbir mereka. Maklumat amalan-amalan pihak-pihak ketiga ini adalah tidak dilindungi oleh Notis Privasi ini.

BAGAIMANA UNTUK MENGURUS COOKIE DAN TEKNOLOGI-TEKNOLOGI YANG SERUPA

Anda mempunyai pilihan-pilihan berkaitan cookies yang ditempatkan di dalam peranti anda oleh Getaran dot com Sdn Bhd dan penyedia-penyedia perkhidmatannya. Namun begitu, tanpa cookies, anda mungkin tidak dapat menggunakan langsung ciri-ciri di dalam laman web kami. Begitu juga, sekiranya anda menaik taraf atau mengubah penyemak imbas anda atau peranti atau menghapuskan cookies anda, anda mungkin perlu menggunakan alat-alat pilihan keluar semula. Kami telah menggariskan seperti di bawah cara-cara untuk mengurus cookies anda.

MENGURUSKAN COOKIES MELALUI TETAPAN PENYEMAK IMBAS ANDA

Anda mempunyai pilihan untuk memberhentikan cookies daripada dimuat turun ke peranti anda daripada laman web kami pada bila-bila masa dengan memilih tetapan yang bersesuaian dengan penyemak imbas anda. Kebanyakan penyemak imbas akan memberitahu anda bagaimana untuk mengubah tetapan penyemak imbas anda untuk memaklumkan anda bila cookie ditetapkan atau dikemaskini, atau untuk menghadkan atau menyekat beberapa jenis atau kesemua cookies.

PERUBAHAN-PERUBAHAN TERHADAP NOTIS COOKIE INI

Dari masa ke masa, kami mungkin mengubah Notis Cookie ini untuk mencerminkan perubahan-perubahan terhadap amalan-amalan privasi kami dan laman web kami. Ini mungkin berkaitan dengan perubahan-perubahan di dalam undang-undang, perubahan-perubahan di dalam laman web kami atau perlakuan terhadap maklumat peribadi anda. Di mana perlu, kami akan memaklumkan anda berkenaan perubahan-perubahan tersebut. Kami akan sentiasa memaparkan secara jelas bila Notis Cookie dipinda kali terakhir.