web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

Semasa Dikemaskini 28 minit yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2026 10:08AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya pagi ini bagi mendengar  keputusan berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya dalam kes yang melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Syed Saddiq tiba kira-kira jam 8.55 pagi bagi menghadiri prosiding di Mahkamah Persekutuan yang menentukan sama ada keputusan Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskannya daripada empat pertuduhan melibatkan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram akan dikekalkan.

Keputusan muktamad itu pada asalnya dijadualkan diumumkan 30 Jun lalu, namun ditangguhkan selepas seorang daripada tiga hakim panel, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, mengambil cuti sakit.

Keputusan tersebut akan menentukan sama ada Syed Saddiq kekal dibebaskan atau pihak pendakwaan berjaya mengembalikan sabitan dan hukuman yang sebelum ini diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, tunang Syed Saddiq yang juga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, tiba di Istana Kehakiman kira-kira jam 7.25 pagi bagi memberikan sokongan.

Selebriti berusia 32 tahun dengan nama penuh Dayang Ara Nabellah Awang Astillah itu hadir mengenakan baju kurung berwarna kelabu keputihan dan sempat meminta orang ramai mendoakan keputusan yang baik.

“Doakan,” katanya ringkas ketika ditemui wartawan.

Ibu bapa Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Al-Sagoff, turut tiba tidak lama kemudian, sekitar jam 7.30 pagi.

Sharifah Mahani yang kelihatan sebak meluahkan harapan agar keputusan Mahkamah Persekutuan memihak kepada anaknya.

“Insya-Allah, semoga Allah SWT membantunya dengan mengurniakan kemenangan pada hari ini,” katanya.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah dijadual menyampaikan penghakiman pada jam 9 pagi.

Rayuan terakhir pihak pendakwaan didengar selama dua hari, dengan penghujahan selesai dikemukakan di hadapan panel tersebut pada 12 Disember 2025.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Datuk Ahmad Akram Gharib dan Farah Ezlin Yusop Khan, manakala Syed Saddiq diwakili peguam kanan Datuk Hisyam Teh Poh Teik.

Pihak pendakwaan memohon agar keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan Syed Saddiq diketepikan dan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini dikembalikan, yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta ke atas beliau.

Pertuduhan tersebut melibatkan dakwaan bahawa Syed Saddiq bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari ARMADA, Rafiq Hakim Razali, dalam melakukan pecah amanah jenayah membabitkan wang berjumlah RM1 juta milik ARMADA di CIMB Bank Berhad, KL Sentral, pada 6 Mac 2020.

Beliau juga berdepan satu pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM120,000 milik ARMADA Bumi Bersatu Enterprise, selain dua pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan dakwaan pemindahan RM50,000 ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 406 dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA), yang memperuntukkan hukuman berat jika disabitkan kesalahan. - Getaran, 13 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 hari yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Semasa 3 hari yang lalu

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

3

Semasa 4 hari yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

4

Semasa 4 hari yang lalu

Pengurus Kelab Malam Dipenjara 2 Hari, Denda RM17,000 Memandu Ketika Mabuk

Sorotan

1

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

2

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

3

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

4

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

5

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

6

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

Ikrar Letak Jawatan Jadi Perhatian, Nga Kor Ming Tak Tergugat, Fokus Tugas Rasmi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Wanita Maut, 2 Cedera Nahas 2 Kenderaan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

oleh Sophia Ahmad