web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Politik Dikemaskini 46 minit yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2026 8:51AM

Amirudin Shari - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Pakatan Harapan (PH) yang berjaya memenangi kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam sedia menjalankan tugas dengan penuh integriti dan wibawa dalam Dewan Negeri Johor.

Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Suara rakyat Johor akan mendorong PH untuk menyuarakan permasalahan rakyat dan menawarkan solusi kepada isu-isu asas yang masih belum diselesaikan.

Menurut beliau, denyut nadi rakyat tidak akan sesekali dipandang mudah tetapi menjadi garis ukur dalam merencana langkah ke hadapan.

“Pakatan Harapan komited untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pembangkang supaya segala dasar pentadbiran Kerajaan Negeri Johor dipantau secara lebih rapat dan konsisten, agar kualiti hidup rakyat dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat majmuk, bukan hanya di Johor Bahru.

“Tambahan kepada itu, keputusan orang Johor turut menggesa anggota dan petugas Pakatan Harapan Johor untuk mengukuhkan lagi usaha, gerak kerja, serta mendekati lebih ramai orang Johor sebagai persiapan Pilihan Raya Umum Ke-16 serta warga Negeri Sembilan bagi Pilihan Raya Negeri Sembilan ke-16 yang bakal berlangsung,” katanya.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor turut menyampaikan penghargaan kepada seluruh rakyat Johor kerana menunaikan tanggungjawab mengundi, seiring dengan prinsip demokrasi. 

“Sekalung tahniah juga untuk petugas Suruhanjaya Pilihan Raya, pegawai keselamatan, petugas media, sukarelawan, dan semua pihak yang bertungkus-lumus menyumbang bakti sejak hari penamaan calon sehingga hari pengundian, untuk memastikan Pilihan Raya ini dijalankan secara teratur dan harmoni bagi manfaat rakyat Johor,” katanya.

Barisan Nasional meneruskan penguasaan di Johor selepas berjaya menguasai 48 daripada keseluruhan 56 kerusi dipertandingkan. 

Ia adalah tambahan lapan kerusi berbanding 40 yang dimenangi pada PRN ke-15 pada 2022.  

PH memenangi lapan kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN), Parti Bersama Malaysia (Bersama), Parti Sosialis Malaysia, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) pula gagal memenangi sebarang kerusi.

Nasib serupa turut menimpa l enam calon Bebas yang bertanding. - Getaran, 12 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 32 minit yang lalu

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

2

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

3

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

4

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

Sorotan

1

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

2

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

3

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

4

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

5

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

6

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Keluarlah Mengundi, Ulangi Sejarah 2018, Ubah Landskap Politik Johor’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad