web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

Politik Dikemaskini 9 minit yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2026 3:17PM

Hishammuddin Hussein dan Tengku Marsilla Tengku Abdullah menunjukkan jari masing-masing yang sudah dicelup dengan dakwat khas sebagai tanda telah mengundi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melahirkan rasa syukur apabila masyarakat di kawasan Parlimennya terus menolak politik kebencian dan mengutamakan keharmonian.

Beliau berkata, budaya hidup harmoni yang sekian lama menjadi kekuatan masyarakat di Sembrong perlu terus dipelihara, khususnya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, tatkala perbezaan fahaman politik terus bermaharajalela. 

Menurut Hishammuddin, politik tidak seharusnya dijadikan platform untuk menyemai kebencian atau memecahbelahkan hubungan antara kaum dan masyarakat.

“Kadangkala politik dijadikan peluang untuk memecahbelahkan masyarakat, namun perkara itu tidak berlaku di Parlimen Sembrong.

“Saya berasa gembira, terharu dan bersyukur kerana sentimen sedemikian tidak diterima oleh rakyat, khususnya di Kahang dan Paloh serta Sembrong secara keseluruhannya,” katanya ketika ditemui selepas mengundi hari ini.

Terdahulu, Hishammuddin bersama isterinya, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, tiba di pusat mengundi di Sekolah Rendah Agama Taman Sri Lambak di Kluang kira-kira jam 10.37 pagi bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi dalam PRN Johor.

Sementara itu, 42.16 peratus atau 1,130,980 daripada lebih 2.6 juta pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRN setakat jam 1 tengah hari.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang dan DUN Sedili masing-masing merekodkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 50.5 peratus, diikuti DUN Tanjung Surat dengan 48.6 peratus.

DUN Penggaram pula mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu 32.2 peratus, diikuti DUN Bentayan dengan 32.6 peratus dan DUN Simpang Jeram sebanyak 35.2 peratus.

Sebagai perbandingan, peratusan keluar mengundi bagi tempoh sama pada PRN Johor ke-15 ialah 34.51 peratus atau 888,605 daripada lebih 2.5 juta pengundi. - Getaran, 11 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 58 minit yang lalu

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

2

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

3

Politik 14 jam yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

4

Politik 19 jam yang lalu

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

‘Keluarlah Mengundi, Ulangi Sejarah 2018, Ubah Landskap Politik Johor’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 minit yang lalu

Sindiket Pelacuran Disyaki Beroperasi Di Hotel 3 Bintang Diserbu, 8 Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Dibuli, Suspek Tikam Pelajar Di Banting Simpan Rasa Tidak Puas Hati

oleh Amirah Abu Bakar