web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sindiket Pelacuran Disyaki Beroperasi Di Hotel 3 Bintang Diserbu, 8 Ditahan

Semasa Dikemaskini 1 minit yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2026 3:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur membongkar kegiatan sindiket pelacuran yang disyaki beroperasi di sebuah hotel bertaraf tiga bintang di Jalan Cheras, menerusi satu operasi penguatkuasaan awal pagi Sabtu.

Operasi yang dijalankan kira-kira jam 1.05 pagi hasil risikan dan pemantauan itu membawa kepada penahanan lapan individu, termasuk enam wanita warga asing yang dipercayai menawarkan khidmat seks menerusi tempahan melalui media sosial.

Ketika serbuan, pegawai imigresen menemui beberapa wanita warga asing berpakaian menjolok mata sedang melayan pelanggan di bilik hotel yang telah ditetapkan, manakala sebuah lagi bilik dipercayai dijadikan ruang menunggu sebelum mereka menerima pelanggan.

Siasatan awal mendapati pelanggan dikenakan bayaran antara RM200 hingga RM230 bagi setiap perkhidmatan, dengan urusan tempahan dipercayai diselaraskan oleh seorang lelaki tempatan yang disyaki bertindak sebagai “kapten” sindiket.

Seorang wanita warga Indonesia berusia 21 tahun yang hanya dikenali sebagai Aqis mendakwa memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial pada April lalu,  selepas dipelawa rakannya untuk bekerja dalam kegiatan berkenaan.

Menurut gadis itu, dia lazimnya hanya melayan seorang pelanggan sehari dan menerima komisen kira-kira RM100 bagi setiap pelanggan.

Sementara itu, seorang wanita tempatan yang bertugas di kaunter penyambut tetamu hotel mengakui mengetahui kegiatan pelacuran yang berlaku di premis berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamsha Injau berkata, kesemua individu yang ditahan terdiri daripada enam wanita dan dua lelaki.

“Semakan mendapati enam wanita itu membabitkan lima warga Indonesia dan seorang warga Thailand, manakala dua lelaki yang ditahan ialah seorang warga tempatan yang dipercayai bertindak sebagai ‘kapten’ sindiket serta seorang warga Nepal yang bekerja di hotel berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas beberapa kondom dari bilik hotel yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tidak bermoral itu.

Menurut Hamsha, siasatan awal mendapati sebahagian warga asing terbabit dipercayai tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan selain menyalahgunakan pas imigresen yang dimiliki.

Tegas beliau, JIM Kuala Lumpur akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang imigresen negara. - Getaran, 11 Julai 2026

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

2 Lelaki Direman 7 Hari, Bantu Siasatan Kes Kematian Di Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 minit yang lalu

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

oleh Sophia Ahmad