web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

Politik Dikemaskini 14 minit yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2026 7:45PM

Perdana Menteri ketika berucap pada program Sentuhan Sahabat MADANI di Bukit Gambir hari ini - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANGKAK - Kerajaan Persekutuan sedang menggerakkan pelbagai ikhtiar termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bagi membawa lebih banyak pelaburan berkualiti dan peluang pekerjaan bermaruah.

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masa depan Johor dan Malaysia bergantung kepada generasi berilmu, beramanah dan bijaksana, terutama dalam menentukan antara kepimpinan berintegriti dengan mereka yang merosakkan amanah rakyat.

Menurut beliau, ilmu tanpa akhlak hanya akan merosakkan kerana kepintaran dimiliki akan digunakan untuk menyeleweng amanah, mencuri wang rakyat atau menghasut kebencian yang hanya akan melemahkan negara. 

“Kerana itu Kerajaan MADANI mengambil tanggungjawab memperkukuh kembali tatakelola dan memastikan setiap ringgit dimanfaatkan demi kepentingan rakyat.

“Saya meletakkan harapan kepada anak-anak Johor agar terus berani menggapai langit dengan mengejar cita-cita, menggapai ilmu serta teknologi masa hadapan, namun tetap berakar teguh di bumi dengan berpegang pada bahasa, budaya, adab dan nilai kita yang luhur,” katanya.

Gambar PMO
Gambar PMO

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menyatakan demikian usai program Sentuhan Sahabat MADANI di Bukit Gambir di sini.

Beliau yang bergegas ke Johor selepas program bersama Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul di Bukit Kayu Hitam turut berkongsi harapan tentang masa depan pendidikan yang harus menjadi wahana dalam melahirkan insan berakhlak, berintegriti dan sentiasa mencari kebenaran.

Tegas Anwar, esok ialah hari keramat yang bakal menentukan babak seterusnya dalam ceritera masa depan negeri dan rakyat Johor. 

“Saya menyeru seluruh anak Johor, termasuk yang berada di perantauan supaya pulang dan menggunakan kuasa rakyat untuk memilih kepimpinan yang amanah, berwibawa dan benar-benar bekerja demi negeri ini.

Pakatan Harapan tegasnya, telah membuktikan keupayaan mentadbir Kerajaan MADANI dengan melaksanakan reformasi penting, meningkatkan pelaburan, menaikkan gaji, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan yang bermaruah serta menyelesaikan pelbagai masalah dan projek yang sekian lama tertangguh. 

“Kita juga berjaya memulihkan imej Malaysia yang kini kembali dihormati dan diyakini di persada antarabangsa. Semangat pembaharuan dan tadbir urus inilah yang akan kita bawa untuk mengangkat Johor ke tahap yang lebih tinggi.

“Justeru dengan penuh rendah hati dan hormat, saya memohon saudara dan saudari memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan untuk memimpin Johor dengan amanah, tatakelola yang baik serta menjamin keadilan dan peluang yang saksama untuk semua,” katanya.

Gambar PMO
Gambar PMO

Pilihan raya ini jelas beliau, adalah peluang untuk menolak mereka yang mempertahankan pencuri wang rakyat, serta menolak politik muflis idea dan hanya bergantung kepada hasutan kebencian kaum dan agama demi meraih undi.

“Semoga Allah SWT memberkati Johor dan mengurniakan negeri ini kepimpinan yang amanah serta membuka lembaran baharu yang lebih makmur, adil dan sejahtera untuk seluruh Bangsa Johor.

“Nasi ambeng dijamah bersama

Tanda kasih dalam jemaah

Kejayaan negara sebutan dunia

Bermula dengan jari yang memangkah,” katanya. - Getaran, 10 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 34 minit yang lalu

‘Keluarlah Mengundi, Ulangi Sejarah 2018, Ubah Landskap Politik Johor’ - Sivamalar

2

Politik 1 jam yang lalu

PAS Johor Nafi Risalah Palsu Gesa Pengundi Tolak PH

3

Politik 9 jam yang lalu

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

4

Politik 10 jam yang lalu

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

Sorotan

1

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

2

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

3

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

4

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

5

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

6

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

2 Lelaki Direman 7 Hari, Bantu Siasatan Kes Kematian Di Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

oleh Sophia Ahmad