web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

Politik Dikemaskini 7 minit yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2026 8:03AM

Fakharuddin Moslim yakin mampu memberikan tentangan kepada calon lawan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Meski bakal berdepan dengan nama besar, calon Pakatan Harapan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.35 Pasir Raja, Fakharuddin Moslim tetap tenang. 

Menganggap dirinya sebagai calon ‘underdog’, anak muda berusia 38 tahun itu berdepan saingan mantan menteri, Datuk Seri Dr Adham Baba yang pernah menguasai kerusi tersebut pada 2008 hingga 2018.

Ketika ditemui di sini hari ini, Fakharuddin berkata, beliau tidak merasakan sebarang tekanan walaupun sedar, perhatian ramai pastinya tertumpu kepada kemunculan semula Dr Adham. 

“Saya memang anggap diri saya ni ‘underdog’. Bila ‘turun padang’ dengan sentimen itu, secara automatik saya tak rasa terbeban, tak rasa tertekan dan tiada keperluan untuk ‘menonjolkan diri’. No pressure kata orang. 

“Tugas saya adalah untuk meyakinkan pengundi bahawa Fakharuddin Moslim mampu menjadi wakil yang membawa suara mereka ke tengah,” katanya. 

Jelas ahli perniagaan itu, latar belakangnya sebagai anak jati Pasir Raja banyak membantu, dan penerimaan diterimanya setakat ini juga cukup baik. 

Meski berbeza parti dan ideologi, Fakharuddin Moslim (dua, kiri) tidak kekok beramah mesra dengab Dr Adham Baba (tengah)
Meski berbeza parti dan ideologi, Fakharuddin Moslim (dua, kiri) tidak kekok beramah mesra dengab Dr Adham Baba (tengah)

Katanya, 50 peratus pengundi di DUN berkenaan ketika ini dibarisi pengundi muda yang memiliki pandangan tersendiri, dan mampu menilai antara kaca atau permata. 

“Mereka mahu melihat wakil yang ‘membumi’, yang sanggup mendengar, yang sanggup duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan mereka.

“Nama besar, reputasi besar bukan lagi kriteria utama untuk memilih pemimpin. Atas faktor itu, saya optimis mampu memberi cabaran kepada Dr Adham,” katanya. 

Fakharuddin menarik perhatian, ini adalah penampilan kedua beliau untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, selepas kali pertama berbuat demikian pada 2022. 

“Waktu itu saya turun sebagai calon dari Angkatan Muda Keadilan (AMK), masih terlalu hijau bak kata orang. Kurang pengalaman, masih tak pandai menawan hati pengundi. 

“Tapi selepas empat tahun, Insya Allah kali ini saya sudah cukup bersedia, dah tahu di mana yang perlu diperbaiki dan apa kekuatan saya berbanding calon lawan,” katanya.

Tambah beliau, kesempatan berkempen kali ini digunakan sehabis baik untuk mendekati golongan peneroka FELDA dan mendengar keluh kesah serta masalah yang dihadapi sejak sekian lama. 

“Alhamdulillah, sambutan dan maklum balas diterima cukup baik, dan saya positif mampu menerima undi dalam jumlah yang signifikan daripada mereka,” katanya. - Getaran, 8 Julai 2026.

Berita Berkaitan

1

Politik 7 minit yang lalu

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

2

Politik 15 jam yang lalu

Pilihan Raya Bukan Saluran Bebaskan Mana-Mana Individu - Azalina

3

Politik 22 jam yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

4

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Zafrul Nafi Tahu Dakwaan Sumbangan Politik Jana Wibawa

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Pelajar Ditikam Di sekolah Cedera Paru-Paru, 16 Kesan Tikaman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lagi Kes Tikam Pelajar: ‘Anak Saya Ditikam 14 Hingga 16 Kali’ - Bapa Mangsa

oleh Sophia Ahmad