web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

Video & Galeri Dikemaskini 1 jam yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2026 3:49PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki kini dalam buruan diburu polis selepas bertindak melarikan diri dengan memandu dalam berkelajuan tinggi sejauh hampir 20 kilometer di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Rembau, malam tadi.

Dalam kejadian itu, suspek dipercayai merempuh beberapa kenderaan termasuk sebuah kereta peronda polis sebelum meninggalkan kenderaannya dan melarikan diri dengan berjalan kaki ke kawasan ladang berhampiran.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, kejadian bermula apabila anggota polis ketika menjalankan rondaan rutin di Kilometer 225 arah utara, mengesan sebuah Volkswagen Passat dengan cukai jalan dan perlindungan insurans yang telah tamat tempoh sejak 7 Mei lalu.

Menurut beliau, polis kemudian menghidupkan lampu isyarat kecemasan serta mengarahkan pemandu memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan, namun suspek enggan mematuhi arahan, sebaliknya memecut laju sambil memandu secara berbahaya serta menukar lorong secara melulu.

"Anggota polis kemudian mendapatkan bantuan Unit Rondaan Lebuhraya Seremban–Port Dickson bagi menutup semua lorong di Kilometer 242 arah utara," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Bagaimanapun jelas Azmi, suspek cuba meloloskan diri dengan memandu melawan arus sebelum merempuh beberapa kenderaan termasuk sebuah kenderaan polis sebaik tiba di lokasi sekatan jalan raya.

“Walaupun suspek bertindak agresif, tiada kecederaan dilaporkan membabitkan anggota polis mahupun pengguna jalan raya lain, namun beberapa kenderaan mengalami kerosakan akibat dilanggar.

“Suspek kemudian meninggalkan kenderaannya di tepi jalan sebelum melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit dan semak berhampiran, sekali gus berjaya mengelak daripada ditahan,” katanya.

Azmi berkata, pemeriksaan mengesahkan cukai jalan dan perlindungan insurans kenderaan itu telah tamat tempoh, selain suspek didapati tidak memiliki lesen memandu yang sah.

“Polis telah mengenal pasti identiti suspek berusia 30 tahun itu dan menggesanya supaya tampil menyerah diri,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan turut diminta membantu siasatan dengan menghubungi pihak berkuasa.

Rakaman video kejadian boleh disaksikan di pautan https://www.facebook.com/share/v/1LC7XHntv4/?mibextid=wwXIfr - Getaran, 4 Julai 2026

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

oleh Sophia Ahmad