web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

Video & Galeri Dikemaskini 23 saat yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2026 12:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas nyaris maut apabila terperangkap dalam rumahnya, selepas sebatang pokok tumbang, sebelum menghempap kediaman lelaki itu di  alan Batu Gantung di George Town, malam tadi.

Dalam kejadian tersebut, mangsa yang berusia 83 tahun berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Mohd Zaini Zainudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.48 malam sebelum pasukan tiba di lokasi kira-kira tujuh minit kemudian.

Menurut beliau, operasi itu melibatkan 19 anggota dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

"Sebaik tiba di lokasi, didapati kejadian melibatkan dua buah rumah. Rumah pertama yang tidak berpenghuni mengalami kerosakan pada pintu pagar dan bumbung.

"Manakala rumah kedua mengalami kerosakan pada pagar serta bumbung tempat letak kereta, selain sebuah daripada tiga kenderaan di situ turut rosak.

"Maklumat awal turut mendapati seorang warga emas terperangkap di dalam rumah kedua kerana laluan keluar dihalang oleh pokok yang tumbang," katanya.

Mohd Zaini berkata, pasukan penyelamat memotong dahan pokok menggunakan peralatan khas sebelum mengalihkannya dengan bantuan kren milik MBPP.

"Difahamkan, pokok yang tumbang itu dikategorikan sebagai pokok warisan yang dianggarkan berusia lebih 150 tahun dengan berat melebihi 50 tan," katanya.

Beliau berkata, operasi menyelamat berdepan kesukaran berikutan kabel elektrik turut ditarik jatuh selain saiz batang dan dahan pokok yang terlalu besar sehingga menyukarkan kerja-kerja pemotongan.

"Kami juga bimbang sekiranya pokok itu bergerak kerana ia boleh menyebabkan anggota terjatuh dan mengalami kecederaan.

"Operasi kemudian diserahkan kepada MBPP untuk tindakan lanjut termasuk kerja-kerja mengalihkan pokok yang tumbang selepas tugas menyelamat selesai," katanya.

Rakaman video kejadian boleh disaksikan di pautan https://www.facebook.com/share/r/18jUpFS27H/?mibextid=wwXIfr - Getaran, 3 Julai 2026

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?