web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Semasa Dikemaskini 9 minit yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2026 3:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara berselisih faham akibat memotong barisan, dua pemandu akhirnya bertumbuk di sebatang jalan yang sibuk di Taman Medan, Petaling Jaya hari ini.

Aksi keduanya sempat dirakam, memaparkan mereka saling berbalas tumbukan selepas keluar dari kenderaan masing-masing.

Difahamkan, insiden tercetus apabila sebuah kenderaan cuba memasuki laluan susur keluar, namun tidak diberikan laluan oleh pemandu lain, sekali gus mencetuskan ketegangan antara kedua-dua pihak.

Pergaduhan tersebut menyebabkan aliran trafik di kawasan sekitar terganggu apabila kenderaan lain terpaksa memperlahankan kenderaan untuk melihat situasi berkenaan.

Video tersebut turut mendapat perhatian meluas netizen yang rata-ratanya menyelar tindakan kedua-dua pemandu terbabit, selain menggesa orang ramai supaya lebih bertoleransi dan mengawal emosi ketika berada di jalan raya.

Setakat ini, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut, namun media sedang berusaha mendapatkan maklum balas daripada pihak berkuasa. - Getaran, 2 Julai 2026

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Sudah Dimuktamad, Kebajikan Belia Antara Fokus Utama - Fuziah 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 56 minit yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Dalam Bagasi: Mangsa Mati Akibat Tetakan Di Kepala

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad