web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

Semasa Dikemaskini 1 minit yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2026 1:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diarah melengkapkan pengisytiharan aset wajib dalam tempoh sebulan.

Ketua Pesuruhjaya,  Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, ia adalah sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh tadbir urus, akauntabiliti dan integriti institusi di bawah kepimpinan baharunya.

Menurut beliau, pelaksanaan itu berkuat kuasa serta-merta dan akan dilaksanakan selaras dengan Pekeliling Kerahsiaan Maklumat SPRM serta Pekeliling Pengisytiharan Aset suruhanjaya.

“Pengisytiharan aset ini ialah sebahagian daripada usaha lebih menyeluruh, bagi meningkatkan ketelusan serta memperkukuh amalan tadbir urus yang baik di seluruh organisasi,” katanya.

Difahamkan, arahan tersebut dikeluarkan pada Mesyuarat Pengarah-Pengarah SPRM di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, iaitu merupakan mesyuarat rasmi pertama Abd Halim bersama ketua-ketua bahagian sejak dilantik 13 Mei lalu. 

Abd Halim turut mengarahkan pihak pengurusan kanan membudayakan persekitaran kerja positif, membangunkan bakat kepimpinan masa depan serta menetapkan hala tuju strategik yang jelas untuk suruhanjaya.

Tegas beliau, keberkesanan SPRM tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian operasi semata-mata, sebaliknya turut bergantung kepada kualiti pengurusan dalaman.

"Kecekapan pengurusan merupakan penanda aras utama kejayaan sesebuah organisasi, melangkaui pencapaian operasi semata-mata. Kejayaan organisasi ini tidak boleh diukur hanya berdasarkan pencapaian operasinya, tetapi juga melalui keberkesanan pengurusannya.

"Oleh itu, para pengarah perlu membimbing dan membangunkan bakat pegawai di bawah seliaan masing-masing, membudayakan persekitaran kerja yang positif serta memastikan organisasi mempunyai hala tuju yang jelas," katanya.

Abd Halim menarik perhatian, SPRM kekal komited untuk memperkukuh pengurusan strategik, hala tuju organisasi serta tadbir urus yang berakauntabiliti.

Beliau turut mengarahkan pegawai yang mengikuti program latihan di luar negara supaya berkongsi ilmu dan pengalaman dengan rakan sekerja bagi meningkatkan keupayaan kolektif suruhanjaya.

"Setiap warga kerja juga perlu memupuk semangat kekitaan yang tinggi terhadap organisasi agar sentiasa proaktif dalam menambah baik prestasi SPRM, sekali gus memastikan suruhanjaya terus relevan, dihormati dan diyakini masyarakat," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, SPRM telah mewakili Malaysia pada Persidangan Rangkaian Pengamal Penguatkuasaan Antirasuah Rentas Sempadan yang berlangsung di ibu pejabat Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) di Paris, Perancis.

Delegasi Malaysia yang diketuai Abd Halim, turut diberi penghormatan menyampaikan ucapan pembukaan sebelum pembentangan oleh Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Datuk Norhaizam Muhammad.

Persidangan bertemakan "Menjejaki Aliran Wang: Mengesan Aset Hasil Rasuah dan Membanteras Aliran Kewangan Haram" itu berlangsung pada 23 hingga 24 Jun, menghimpunkan pegawai penguat kuasa, pendakwa raya serta pakar antirasuah dari seluruh dunia bagi bertukar pengalaman dan amalan terbaik dalam menangani rasuah rentas sempadan, pengesanan aset serta aliran kewangan haram.

Menurut SPRM, Abd Halim turut menegaskan komitmen berterusan suruhanjaya dalam memerangi rasuah menerusi kerjasama erat di peringkat domestik dan antarabangsa, khususnya dalam usaha mendapatkan semula aset yang dikaitkan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Getaran 1 Julai 2026

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

oleh Amirah Abu Bakar