web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

Semasa Dikemaskini 28 saat yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2026 9:48PM

Gambar MCMC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 6,916 unit peranti komunikasi tidak sah dirampas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), melibatkan nilai keseluruhan RM2.06 juta.

Menurut MCMC, rampasan berkenaan adalah hasil Op V380, yang dijalankan serentak di seluruh negara 24 Jun lalu. 

Operasi itu menyasarkan sebuah syarikat yang disyaki memiliki dan menjual peranti komunikasi tidak sah, atau tidak mematuhi piawaian teknikal ditetapkan MCMC.

Antara barangan dirampas ialah sistem televisyen litar tertutup (CCTV) tanpa wayar, selain komputer, pencetak, telefon bimbit dan penghala WiFi yang dipercayai digunakan dalam aktiviti pengedaran peranti berkenaan.

Tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan hasil perkongsian risikan antara MCMC dan SIRIM QAS International Sdn Bhd selaku agensi pensijilan yang diiktiraf.

Seramai 44 pegawai terbabit dalam serbuan serentak di sebuah gudang di Klang serta sebuah premis di Johor Bahru yang dijadikan pejabat dan studio penstriman langsung.

Siasatan awal mendapati, peranti yang tidak sah itu dipasarkan dan dijual menerusi platform e-dagang, termasuk TikTok Shop dan Shopee.

Lapan individu, termasuk pihak pengurusan syarikat, pembantu gudang dan hos penstriman langsung, telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

MCMC berkata, penjualan dan penggunaan peralatan komunikasi yang tidak sah boleh menjejaskan keselamatan pengguna kerana peranti terbabit tidak memenuhi piawaian teknikal ditetapkan.

Menurutnya, peranti sedemikian juga boleh menjejaskan prestasi dan kebolehpercayaan peralatan, selain berpotensi mengganggu rangkaian komunikasi sehingga menjejaskan kualiti perkhidmatan di seluruh negara.

Kes berkenaan disiasat mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknikal) 2000 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

MCMC menegaskan, pihaknya akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti penjualan, pengedaran dan pemilikan untuk tujuan penjualan peralatan komunikasi tidak sah, selain menasihatkan orang ramai supaya hanya membeli peranti yang telah diperakui bagi memastikan keselamatan pengguna serta kebolehpercayaan rangkaian komunikasi. - Getaran, 29 Jun 2026

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 minit yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad