web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

Politik Dikemaskini 1 minit yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2026 2:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bermula agak perlahan selepas Hari Penamaan Calon Sabtu lalu berkemungkinan berpunca daripada parti-parti politik yang masih memuktamadkan persefahaman pilihan raya secara tidak rasmi.

Pemerhati berkata, suasana ‘hambar’ itu juga mungkin kerana semua parti berkenaan sedang menyelesaikan perbezaan dalaman sebelum menggerakkan kempen secara besar-besaran.

Penganalisis politik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Madya Dr Md Akbal Abdullah berkata, pengumuman calon yang dibuat lewat oleh beberapa parti, termasuk Parti Bersama Malaysia, menunjukkan rundingan masih berlangsung sehingga ke peringkat akhir proses penamaan calon.

“Keadaan sebelum ini mungkin tidak begitu pasti kerana ada beberapa parti dipercayai sedang mengusahakan persefahaman politik secara tidak rasmi.

“Apabila PAS secara terbuka menggesa ahlinya mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi parti itu, ia menunjukkan sesuatu sedang berlaku.

“Ini bermakna di kawasan yang tidak mempunyai calon Perikatan Nasional (PN), BN berkemungkinan memperoleh lebih banyak undi,” katanya seperti dilaporkan The Star.

Menurut beliau, pengumuman calon oleh PAS dan Bersatu secara berasingan pada waktu yang hampir sama di utara Johor turut memberi gambaran bahawa perbezaan pendapat antara kedua-dua parti itu masih belum diselesaikan sepenuhnya.

Md Akbal berkata, kempen dijangka menjadi lebih rancak dalam beberapa hari akan datang apabila parti dan calon mula membangkitkan isu-isu politik yang lebih sensitif.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa ahli serta penyokong parti itu memberi sokongan kepada calon BN di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak ditandingi PN.

PN bertanding di 33 daripada 56 kerusi DUN Johor, dengan Bersatu meletakkan 16 calon, PAS (11), Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) lima calon dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) seorang calon.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Mazlan Ali menyifatkan tindakan PAS itu sebagai bukti wujudnya persefahaman pilihan raya secara tidak rasmi bagi mengelakkan perpecahan undi Melayu.

“Nampaknya inilah strategi PAS, terutamanya apabila parti itu tidak meletakkan calon menentang Menteri Besar sementara, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Machap,” katanya.

Beliau berkata, PAS, MUDA dan Pejuang pada PRN yang lalu, masing-masing meletakkan calon bagi menentang Onn Hafiz.

“Mungkin sebab itu PN bertanding di lebih sedikit kerusi kali ini. Jika BN memperoleh kemenangan besar di Johor, maka strategi senyap PAS untuk mengelakkan perpecahan undi Melayu boleh dianggap berjaya.

“PAS juga boleh meneruskan perbincangan dengan UMNO bagi memperkukuh kerjasama menjelang pilihan raya negeri akan datang di Negeri Sembilan, Melaka serta Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16),” katanya.

Walaupun banyak parti bertanding dalam PRN Johor kali ini, Mazlan berpendapat, BN masih menjadi pilihan utama berdasarkan penguasaan gabungan itu di negeri berkenaan sejak sekian lama.

Beliau berkata, sasaran Pakatan Harapan (PH) untuk mengecilkan majoriti BN bergantung kepada kadar keluar mengundi melebihi 85 peratus, khususnya dengan menggalakkan pengundi Johor yang menetap di luar negeri, termasuk bekerja di Singapura, pulang menunaikan tanggungjawab itu. - Getaran, 29 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

2

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

3

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

4

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 57 minit yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad