web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

Politik Dikemaskini 45 minit yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2026 5:49PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal dilancarkan beberapa hari lagi akan menyenaraikan 10 agenda, khusus untuk manfaat rakyat negeri berkenaan. 

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, ada antara agenda itu mungkin menyamai manifesto terdahulu, tetapi hakikatnya, telah ditambah baik bagi memastikan ia relevan dengan keperluan semasa.

Enggan mengulas lanjut, belia bagaimanapun memberitahu, semua perincian manifesto akan didedahkan apabila ia diumumkan kelak. 

“Memang kita ada perkara khusus yang dicadangkan. Saya tak boleh reveal sehingga nanti, tapi (ia) termasuk pengangguran, perumahan dan beberapa aspek kritikal lain,” katanya pada sidang media di bangunan Keadilan Johor di sini hari ini. 

Jelas Dr Zaliha, PH sedari awal telah menggerakkan kempen untuk menggalakkan rakyat Johor keluar mengundi, sekali gus menunaikan tanggungjawab mereka memilih pemimpin dikehendaki.

“Memang kita tahu sebelum ini peratusan keluar mengundi sangat rendah akibat COVID-19 dan sebagainya, tetapi kali ini kita ada kempen yang telah bermula, untuk menggalakkan mereka yang duduk di luar Johor untuk kembali. 

“Juga ada usaha lain untuk kita mendekati anak muda dan ibu-bapa di kawasan luar bandar, untuk mereka memanggil kembali anak-anak yang tinggal di luar,” katanya.

Beliau menarik perhatian, kempen yang sama dilaksanakan untuk rakyat Johor yang menetap di Singapura. 

“Kita juga melaksanakan kempen, Insya-Allah pada 11 Julai itu hari Sabtu, hari cuti, diharapkan mereka yang bekerja di Singapura, Kuala Lumpur dan kawasan lain akan pulang mengundi,” katanya.

Sementara itu, Dr Zaliha berkata, parti tidak terkesan dengan tindakan bekas ahli mereka yang bertanding di bawah tiket Bersama. 

“Saya sebut begini, itu pilihan mereka untuk keluar PKR dan bertanding bawah Bersama. Tetapi setakat yang kita lihat sepanjang hari ini dalam proses pencalonan di hampir semua 20 kawasan, sokongan yang kita lihat dari anggota parti dan masyarakat sangat baik. 

“Saya kira perkiraan kita untuk meletakkan pimpinan-pimpinan utama di setiap kawasan bertanding, dan juga negeri-negeri angkat di setiap kawasan bertanding, itu sangat membantu. Itulah kesatuan yang kita lihat masih teguh bersama PKR,” katanya. 

Hari ini, kempen PRN Johor dimulakan secara rasmi untuk tempoh 14 hari, sebaik sahaja proses penamaan calon  ditutup jam 10 pagi tadi. 

Hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai manakala undi awal untuk anggota polis, anggota tentera dan pasangan masing-masing ialah pada 7 Julai. - Getaran, 27 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 30 minit yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

2

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

3

Video & Galeri 6 jam yang lalu

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 minit yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad