web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

Semasa Dikemaskini 58 saat yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2026 1:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasport antarabangsa baharu dilancar hari ini, dengan menaik taraf 94 ciri keselamatan canggih.

Pelancaran yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bakal memperkukuh integriti dokumen perjalanan negara serta mengekang kegiatan pemalsuan yang semakin sofistikated.

Dibangunkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, pasport berkenaan diperkenalkan dalam satu majlis di lobi Parlimen, dengan Perdana Menteri menerima dokumen berkenaan secara simbolik daripada Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban.

Reka bentuk baharu pasport tersebut dilengkapi pelbagai penambahbaikan keselamatan, termasuk elemen holografik yang dipertingkat, cetakan ultraungu (UV), ciri visual tersembunyi serta penanda forensik khas yang menjadikan usaha meniru atau memalsukan dokumen tersebut lebih sukar.

Selain itu, pasport berkenaan turut menggunakan benang jahitan yang diperkukuh, manakala setiap helaian mengandungi elemen keselamatan unik sebagai lapisan perlindungan tambahan bagi mengelakkan pengubahsuaian dan penghasilan semula secara penipuan.

Menurut Jabatan Imigresen, inisiatif terbabit ialah satu kemajuan penting dalam kerangka keselamatan dokumen perjalanan Malaysia, selaras dengan keperluan untuk mendahului ancaman pemalsuan yang semakin berkembang, di samping mengekalkan kredibiliti negara di peringkat antarabangsa.

Pelaksanaan pasport baharu itu akan dilakukan secara berperingkat, bermula di empat lokasi iaitu Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya, Pejabat Pasport Kuala Lumpur di Jalan Duta, UTC Wangsa Maju dan Pejabat Imigresen Shah Alam, sebelum diperluaskan ke 71 pejabat pasport di seluruh negara.

Pihak berkuasa memaklumkan, pelaksanaan secara berfasa itu bertujuan memastikan kelancaran operasi sepanjang tempoh peralihan. 

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak tergesa-gesa menggantikan pasport sedia ada sekiranya tempoh sah laku masih melebihi enam bulan.

Dalam perkembangan berkaitan, pasport Malaysia terus mengekalkan kedudukan sebagai pasport ketiga paling berkuasa di dunia, sekali gus mencerminkan tahap mobiliti antarabangsa yang tinggi seiring dengan pelaksanaan ciri keselamatan baharu tersebut. - Getaran, 30 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 2 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 2 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 jam yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran