web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2026 6:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pelarian Rohingya diingatkan agar mematuhi undang-undang negara ini jika tidak mahu dikenakan tindakan.

Memberikan amaran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan penguatkuasaan akan diambil ke atas pelarian yang gagal berbuat demikian.

Walaupun mengekalkan pendirian Malaysia untuk sentiasa mengutamakan aspek kemanusiaan terhadap komuniti pelarian dan individu uang dipindahkan, beliau berkata, golongan terbabit tetap tertakluk kepada kerangka perundangan negara, termasuk peraturan berkaitan operasi perniagaan, aktiviti komersial dan penggunaan premis.

“Nasihat kepada rakyat Myanmar, khususnya Rohingya, ialah mereka juga perlu mematuhi undang-undang dan peraturan negara kita. Bangunan serta perniagaan mereka mesti mengikut peraturan yang ditetapkan, dan sekiranya gagal mematuhinya, kita tiada pilihan selain mengambil tindakan,” katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Sentul di sini.

Anwar mendedahkan, isu berkaitan tindakan penguatkuasaan melibatkan pelarian Rohingya telah dibincangkan di peringkat Kabinet bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bagi memastikan tindakan undang-undang dilaksanakan secara konsisten apabila diperlukan.

Pada masa sama, beliau menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri memainkan peranan lebih aktif dalam memantau salah laku serta menangani sebarang penyalahgunaan premis yang dikaitkan dengan komuniti pelarian.

Mengulas gesaan sesetengah pihak supaya pelarian Rohingya dihantar pulang ke Myanmar, Anwar berkata perkara itu merupakan cabaran kemanusiaan yang kompleks berikutan pelbagai halangan melibatkan proses penghantaran pulang serta usaha penempatan semula ke negara ketiga.

“Ada yang bercakap mengenai penghantaran mereka pulang, tetapi ke mana mereka hendak dihantar? Kita berdepan masalah dengan kerajaan Myanmar yang menghalang usaha tersebut. Dalam dua siri perbincangan saya dengan kepimpinan Myanmar, saya membangkitkan dua perkara.

“Pertama, bantuan kemanusiaan yang kita salurkan mesti dijamin memberi manfaat kepada semua pihak dan perkara itu telah dipersetujui. Kedua, hentikan penindasan serta jenayah terhadap rakyat Myanmar, sama ada Muslim atau bukan Muslim, di Rakhine dan seluruh Myanmar,” katanya.

Menurut beliau, sebarang penyelesaian jangka panjang perlu melibatkan kerjasama kerajaan Myanmar serta menangani punca utama yang menyebabkan perpindahan penduduk, termasuk penindasan dan keganasan di kawasan terjejas.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menyeru rakyat Malaysia agar tidak mengambil tindakan sendiri berhubung isu tersebut, sebaliknya memberi ruang kepada pihak berkuasa menguruskannya melalui saluran undang-undang sewajarnya.

“Saya berharap rakyat kita, khususnya dalam kalangan masyarakat Islam yang menyuarakan bantahan, akan terus mengekalkan nilai kemanusiaan dan tidak melanggar undang-undang atau peraturan dalam menangani isu ini,” katanya.

Beliau berkata pendekatan kerajaan adalah untuk mengekalkan keseimbangan antara tanggungjawab kemanusiaan dan penguatkuasaan undang-undang domestik, di samping terus menggesa penyelesaian di peringkat serantau dan antarabangsa terhadap salah satu krisis pelarian paling berpanjangan di Asia Tenggara. - Getaran, 12 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

2

Sukan 23 jam yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

3

Video & Galeri 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: PM Lahir Harapan Untuk Pengundi Awal Pilih PH

4

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

Sorotan

1

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

2

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

3

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

4

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

5

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 29 minit yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Sukan 23 jam yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad