web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Negeri Sembilan: PM Lahir Harapan Untuk Pengundi Awal Pilih PH

Video & Galeri Dikemaskini 36 minit yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2026 7:50PM

Proses pengundian awal untuk PRN Negeri Sembilan akan diadakan pada Selasa, 28 Julai - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan harapan agar anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan mengundi awal untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan agar terus memberikan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH).

Menerusi ucapan yang ditujukan kepada anggota pasukan keselamatan negara, Anwar berkata setiap undi bukan sahaja menentukan hala tuju politik negeri, malah merupakan satu amanah yang perlu dipikul dengan meneruskan usaha memperkukuh kebajikan anggota keselamatan serta keluarga mereka.

“Setiap undi yang diberikan bukan sekadar menentukan hala tuju negeri, sebaliknya menjadi amanah yang perlu kami galas untuk terus memperkukuh kebajikan anggota keselamatan serta keluarga mereka,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Jelas Perdana Menteri, beliau sedar masih banyak perkara yang perlu dilakukan dan tidak pernah menganggap pencapaian kerajaan setakat ini sudah memadai.

Menurutnya, sokongan berterusan serta mandat baharu akan membolehkan kerajaan bekerja dengan lebih gigih untuk memartabatkan negara, melindungi kebajikan rakyat serta meningkatkan kesejahteraan semua anggota pasukan keselamatan.

“Namun, dengan sokongan dan mandat berterusan, Insya-Allah kami akan terus bekerja lebih kuat demi mengangkat martabat negara, membela kebajikan rakyat serta memperkukuh kesejahteraan seluruh warga pasukan keselamatan.

“Kepada Allah SWT kita berserah,” katanya. 

Pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan ke-16 akan berlangsung pada Selasa, 28 Julai 2026, bermula jam 8 pagi.

Seramai 22,339 pengundi awal akan terlibat dalam proses tersebut, terdiri daripada 16,884 anggota tentera bersama pasangan mereka serta 5,455 anggota polis.

Hari pengundian biasa pula ditetapkan pada 1 Ogos 2026.

Rakaman video perkongsian Perdana Menteri itu boleh disaksikan menerusi pautan https://www.facebook.com/share/v/1H6Qw1GPXq/?mibextid=wwXIfr - Getaran, 26 Julai 2026 

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH