web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Semasa Dikemaskini 1 minit yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2026 2:04PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekalan ubat di Malaysia pada dasarnya masih berada pada tahap terkawal dan mencukupi, meskipun 187 jenis dikenal pasti berada dalam kategori berisiko tinggi berikutan stok berbaki kurang daripada 60 hari.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, 13 daripada jumlah itu diklasifikasikan sebagai kritikal kerana penghantaran bekalan baharu dijangka mengambil masa lebih sebulan untuk tiba.

Menurut kementerian itu, setiap fasiliti kesihatan di bawah KKM secara amnya mengekalkan stok ubat bagi tempoh dua hingga tiga bulan, dan amalan tersebut masih diteruskan bagi memastikan kesinambungan bekalan.

“Status semasa bekalan ubat di Malaysia secara keseluruhannya adalah terkawal dan mencukupi,” menurut KKM dalam jawapan bertulis di Dewan Negara.

Jawapan itu diberikan bagi menjawab pertanyaan Senator Michael Mujah Lihan mengenai kedudukan semasa bekalan ubat negara, susulan kebimbangan terhadap gangguan rantaian bekalan global akibat krisis antarabangsa.

KKM berkata, beberapa langkah mitigasi telah dilaksanakan bagi menangani kekurangan ubat dikategorikan sebagai kritikal, termasuk menggunakan ubat alternatif yang mempunyai keberkesanan dan tahap keselamatan setara.

Sebagai contoh, ubat untuk merawat kesakitan dan demam boleh digantikan dengan jenama ubat penahan sakit lain tanpa menjejaskan kualiti rawatan yang diterima pesakit.

“Pada masa sama, kementerian turut berhubung rapat dengan syarikat pembekal serta pengeluar bagi memastikan penghantaran bekalan baharu dibuat mengikut jadual atau dipercepatkan sekiranya perlu,” katanya.

Menurut KKM, pendekatan diamalkan memberi penekanan kepada langkah pencegahan melalui pemantauan berkala terhadap paras stok, pengesanan awal ubat yang berisiko mengalami gangguan bekalan serta penyediaan pelan mitigasi sebelum sebarang gangguan berlaku.

Katanya, pendekatan proaktif itu membolehkan tindakan diambil lebih awal sekali gus mengurangkan kesan terhadap pesakit.

“Walaupun terdapat sebilangan kecil ubat dalam kategori berisiko tinggi, keadaan masih terkawal melalui penggunaan rawatan alternatif yang setara seperti disyorkan pakar, penyelarasan bekalan serta pemantauan rapi bagi memastikan kesinambungan rawatan pesakit,” menurut kementerian itu. - Getaran, 24 Julai 2026

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad