web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

Semasa Dikemaskini 23 minit yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2026 9:22PM

M Kumar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan Geng Vinod yang dipercayai terlibat dalam pelbagai jenayah di Selangor sejak 2023, susulan penahanan 11 suspek menerusi Ops Rapido bulan lalu.

Kesemua 11 suspek dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor, pada jam 9.30 pagi, esok. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M. Kumar berkata, kesemua suspek yang berusia antara 21 hingga 34 tahun itu ditahan dalam operasi dijalankan JSJ Bukit Aman dengan kerjasama JSJ Selangor pada 23 dan 24 Jun lalu.

Menurutnya, kumpulan tersebut diketuai seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun dan dianggotai 17 ahli berusia antara 20 hingga 34 tahun, dengan kebanyakan daripada mereka memiliki rekod jenayah lampau.

“Kumpulan ini aktif sejak 2023 sehingga kini dan terlibat dalam pelbagai jenayah termasuk samun berkumpulan, cubaan membunuh, rusuhan bersenjata, mendatangkan kecederaan menggunakan senjata serta melakukan khianat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, modus operandi kumpulan itu adalah melakukan samun bersenjata menggunakan parang dan senjata tajam lain dengan menyasarkan premis kediaman, selain melakukan pelbagai jenayah berat bagi mendapatkan keuntungan material, kuasa atau pengaruh.

Kesemua 11 suspek yang ditahan direman mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sehingga Sabtu ini.

“Semua suspek yang ditahan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau, termasuk cubaan membunuh, samun berkumpulan, khianat, mendatangkan kecederaan menggunakan senjata, pecah rumah, ugutan jenayah, pemerasan, rusuhan bersenjata serta pelbagai kesalahan berkaitan dadah termasuk pengedaran dadah,” katanya.

Polis turut mengenal pasti lima lagi ahli kumpulan berkenaan yang masih bebas dan usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan serta menahan mereka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan kerana menjadi anggota kumpulan jenayah terancang.

M. Kumar berkata, penahanan tersebut membolehkan polis menyelesaikan 21 kes jenayah selain berjaya melumpuhkan satu sindiket jenayah bersenjata yang aktif di Selangor.

"Kertas siasatan telah dirujuk kepada Bahagian Jenayah Berat (UJB), Jabatan Peguam Negara pada 17 Julai lalu dan kami telah menerima arahan untuk mendakwa kesemua 11 suspek mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan," katanya. Getaran, 23 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

2

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Samun, Tendang Wanita Warga Emas 

3

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

4

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar