web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

Semasa Dikemaskini 16 minit yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2026 8:23PM

Hussein Omar Khan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sindiket pengedaran dadah antarabangsa dikesan menggunakan taktik yang semakin canggih untuk meloloskan keldai dadah melalui lapangan terbang, termasuk mengarahkan kurier membuat daftar masuk pada saat-saat akhir atau ketika waktu puncak perjalanan dengan harapan dapat mengeksploitasi sebarang kelemahan dalam kawalan keselamatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata keuntungan lumayan daripada kegiatan pengedaran dadah haram terus mendorong sindiket mencipta pelbagai taktik baharu bagi mengatasi tindakan penguatkuasaan pihak berkuasa.

“Mereka terus mencuba dan berharap akan berlaku kecuaian atau kegagalan dalam sistem pengesanan pihak berkuasa lapangan terbang.

“Salah satu taktik yang digunakan ialah membuat daftar masuk pada saat akhir atau ketika waktu puncak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, hasil pemantauan risikan mendapati lapangan terbang masih menjadi laluan transit utama bagi keldai dadah antarabangsa yang beroperasi untuk sindiket rentas negara.

Katanya, walaupun pelabuhan dan pintu masuk sempadan darat turut digunakan untuk aktiviti penyeludupan, modus operandi yang digunakan berbeza dengan kaedah menggunakan kurier manusia melalui lapangan terbang.

“JSJN bersama agensi penguatkuasaan lain sentiasa menilai trend semasa dan memperkukuh kawalan di semua pintu masuk negara secara menyeluruh,” katanya.

Beliau menyifatkan penggunaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, sebagai hab transit oleh sindiket dadah antarabangsa, khususnya yang merekrut warga asing sebagai keldai dadah, sebagai ancaman keselamatan serius dan berterusan.

Katanya, kedudukan strategik Malaysia sebagai hab penerbangan serantau menjadikan KLIA antara laluan pilihan sindiket yang terlibat dalam penyeludupan dadah merentas benua.

“Bagaimanapun, JSJN bersama agensi penguatkuasaan lain terus memperkukuh langkah kawalan, pengumpulan risikan dan pemeriksaan keselamatan secara menyeluruh bagi memastikan setiap cubaan menyeludup dadah dapat dikesan serta digagalkan,” katanya.

Hussein berkata, rangkaian jenayah kini menggunakan kaedah yang semakin canggih dan dirancang dengan teliti untuk merekrut serta menggerakkan kurier dadah.

Antara taktik yang digunakan termasuk menawarkan peluang pekerjaan palsu, percutian yang ditanggung sepenuhnya serta ganjaran kewangan lumayan, selain memperdaya mangsa supaya membawa barangan tanpa mengetahui kandungan sebenar.

“Selain itu, terdapat juga kes dadah disembunyikan secara kreatif di dalam bagasi, pakaian, barangan peribadi dan juga melalui kaedah ‘body packing’ bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, sindiket lazimnya menyasarkan individu berdepan kesukaran kewangan atau kurang menyedari implikasi undang-undang yang amat berat, dengan memancing mereka melalui tawaran ganjaran kewangan tinggi, peluang pekerjaan di luar negara atau pakej percutian percuma.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran yang mencurigakan. Jangan sesekali bersetuju membawa barangan milik orang lain tanpa mengetahui kandungannya, khususnya ketika berada di lapangan terbang.

“Penglibatan dalam kegiatan seperti ini boleh mengakibatkan hukuman yang amat berat, termasuk penjara seumur hidup atau hukuman mati di sesetengah negara,” katanya. - Getaran, 22 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

3

Semasa 5 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Semasa 5 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

4

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

5

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

6

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 minit yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad