web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

Semasa Dikemaskini 4 jam yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2026 5:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang mengesan 19 warga asing yang dikaitkan dengan program Network School selepas pergerakan mereka gagal dikesan dalam rekod rasmi, sekali gus menimbulkan kemungkinan kumpulan terbabit memasuki atau meninggalkan negara ini melalui saluran tidak sah.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, hasil siasatan mendapati, 430 warga asing mempunyai kaitan dengan program Network School, dengan 210 daripada mereka masih berada di Malaysia manakala 201 lagi telah disahkan meninggalkan negara ini.

“Daripada jumlah itu, terdapat 19 individu yang pergerakan mereka masih belum dapat kami jejaki. Mereka mungkin telah keluar dari negara ini secara tidak sah, atau mungkin juga memasuki negara ini secara tidak sah.

“Perkara ini akan disiasat dengan lebih lanjut. Kami akan menentukan sama ada mereka masih berada dalam negara atau telah meninggalkan Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Imigresen ke-104 hari ini.

Jelas beliau, siasatan tersebut dijalankan susulan dakwaan meluas di media sosial bahawa terdapat warga Israel menyertai program Network School di Forest City, Iskandar Puteri, Johor. 

Mereka dikatakan memasuki Malaysia menggunakan pasport yang dikeluarkan negara kedua.

Dakwaan berkenaan mendorong Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta agensi penguat kuasa berkaitan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengesahkan perkara tersebut.

Sebagai sebahagian daripada siasatan, JIM telah memeriksa 266 warga asing daripada 40 negara di Forest City.

Pemeriksaan awal mendapati semua individu yang diperiksa memiliki dokumen imigresen sah berdasarkan rekod sedia ada, namun siasatan lanjut masih diteruskan bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Imigresen 1959/63 serta undang-undang berkaitan.

Zakaria berkata, pihaknya telah menjalankan dua operasi penguatkuasaan imigresen di lokasi yang mempunyai kaitan dengan Network School menerusi kerjasama agensi penguat kuasa lain, kerajaan negeri Johor serta pihak berkuasa tempatan.

Menurut beliau, kedua-dua operasi berkenaan tidak menemui sebarang bukti yang dapat menyokong dakwaan terhadap organisasi tersebut.

“Sehingga kini, selepas menjalankan dua pemeriksaan imigresen, kami tidak menemui sebarang bukti yang menyokong dakwaan berkenaan,” katanya.

Seramai 379 warga asing telah diperiksa dalam operasi penguatkuasaan tersebut bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen Malaysia.

Mengulas dakwaan bahawa terdapat individu memiliki dan menggunakan dua pasport, Zakaria berkata pihaknya tidak mengesan sebarang kes sedemikian dalam kalangan mereka yang diperiksa.

Beliau menjelaskan, semua individu yang diperiksa menggunakan pasport sah, manakala sistem imigresen Malaysia mampu mengesan kes membabitkan seseorang yang masuk dan keluar negara menggunakan dokumen perjalanan berbeza.

“Jika seseorang menggunakan pasport yang sama secara konsisten, sistem kami tidak dapat menentukan sama ada individu itu turut memiliki pasport lain. Namun, sekiranya seseorang memasuki negara ini menggunakan satu pasport dan keluar menggunakan pasport berbeza, sistem biometrik imigresen akan mengesannya secara automatik,” katanya. - Getaran, 21 Julai 2026

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad