web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

Politik Dikemaskini 4 jam yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2026 2:28PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya pemimpin Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengadakan pertemuan, semalam.

Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mengetahui mengenai sebarang pertemuan sedemikian dan menegaskan pendirian BN kekal tidak berubah, iaitu terus menyokong Kerajaan Perpaduan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Tiada, saya tidak tahu. Saya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenainya. Saya juga telah menyemak dengan Menteri Dalam Negeri dan berdasarkan sumber yang ada, perkara itu tidak wujud. Saya tidak tahu mengenainya, tiada apa-apa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Imigresen Ke-104 di Cyberjaya.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan bahawa BN, PN, GPS dan GRS dijangka mengadakan sidang media pada jam 2 petang, Isnin.

Bagaimanapun, maklumat yang memetik sumber tidak dinamakan itu tidak menjelaskan tujuan sidang media berkenaan.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, pendirian parti adalah selaras dengan ketetapan yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO.

“Itulah pendirian kita dan resolusi yang telah dibawa ke Perhimpunan Agung. Tiada badan yang lebih tinggi daripada Perhimpunan Agung dan kita menghormati sepenuhnya keputusan tersebut.

“Justeru, saya berharap semua pihak tidak perlu bimbang,” katanya. - Getaran, 21 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 1 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

2

Politik 1 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

4

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad