web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

Semasa Dikemaskini 14 jam yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2026 8:11PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun serta tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu selepas didapati bersalah melakukan serangan seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ketika sesi rawatan antara tahun 2022 hingga 2023.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu selepas memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan pada akhir kes pembelaan.

Tertuduh, Dr. Mohd Syafwan Mohd Soffian, 42, disabitkan atas tujuh pertuduhan melakukan serangan seksual fizikal terhadap kanak-kanak tersebut di sebuah bilik konsultasi yang merupakan kliniknya di sebuah hospital swasta di Kuala Terengganu.

Enam daripada pertuduhan membabitkan kejadian yang didakwa berlaku antara 25 September 2022 hingga 10 April 2023.

Satu lagi pertuduhan pula berkaitan kejadian yang didakwa berlaku di lokasi sama kira-kira jam 8 malam pada 9 Oktober 2022.

Kesalahan terbabit didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Bagi enam pertuduhan di bawah Seksyen 14(a), mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan, selain mengenakan perintah pengawasan polis selama dua tahun selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara.

Bagi satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 14(d), tertuduh dihukum penjara tujuh tahun, satu sebatan serta dikenakan perintah pengawasan polis selama dua tahun.

Mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh hukuman dijatuhkan, menjadikan tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Hafizuddin Manjur Ahmad dan Nur Azhani Azman.

Tertuduh diwakili peguam Ahmad Fairuz Jusoh, Ahmad Kamal Abu Bakar dan Arik Zakri Abdul Kadir. - Getaran, 19 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 2 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 2 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Semasa 3 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad