web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

Semasa Dikemaskini 9 jam yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2026 2:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini menamatkan Larian Kesyukuran sejauh hampir 170 kilometer dari Putrajaya ke Muar, sekali gus melengkapkan inisiatif amal selama empat hari yang berjaya menarik ribuan penyokong serta melepasi sasaran kutipan dana.

Syed Saddiq tiba di garisan penamat di Laman Maharani kira-kira jam 9.15 pagi selepas memulakan larian pada 16 Julai lalu dari Istana Kehakiman di Presint 3, Putrajaya.

Ribuan penduduk Muar yang mula berkumpul seawal jam 8 pagi menyambut ketibaannya selepas beliau memulakan laluan terakhir sejauh 17 kilometer dari Simpang Sungai Rambai pada jam 7 pagi.

Para penyokong menyambut beliau dengan laungan “Hidup Muar, Hidup Muar” dan “Tahniah YB” sebaik sahaja larian berkenaan ditamatkan.

Laluan terakhir itu disempurnakan dalam tempoh sedikit melebihi dua jam, dengan Syed Saddiq diiringi beberapa kumpulan larian termasuk Muo Runner.

Misi amal itu merentasi Negeri Sembilan dan Melaka sebelum memasuki Johor, sebagai simbol kesyukuran dan ketabahan susulan berakhirnya prosiding undang-undang yang membersihkan nama beliau.

Selain membawa nilai simbolik, larian tersebut dianjurkan bagi mengumpul dana untuk pelbagai inisiatif kebajikan yang memberi manfaat kepada penduduk di kawasan Parlimen Muar.

Hasil kutipan dana akan disalurkan kepada dua inisiatif utama, iaitu penyediaan bakul makanan kepada keluarga kurang berkemampuan serta pembelian iPad untuk pelajar yang memerlukan peranti digital bagi menyokong pembelajaran mereka.

Sehingga semalam, kempen itu berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM361,848 dalam tempoh dua hari, sekali gus melepasi sasaran asal sebanyak RM200,000.

Pada 13 Julai lalu, Mahkamah Persekutuan membebaskan Syed Saddiq daripada dua pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalahgunakan harta secara tidak jujur dan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana milik ARMADA, sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). - Getaran, 19 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Syed Saddiq: Mahkamah Persekutuan Arah Kedua Pihak Fikir Semula

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Syed Saddiq Dalang Dalam Kes Subahat Pecah Amanah Dana ARMADA - Pendakwaan

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 4 jam yang lalu

Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

oleh Sophia Ahmad