web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

Semasa Dikemaskini 8 jam yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2026 3:51PM

Diagnosis awal mampu menyelamatkan nyawa. Endoskopi saluran gastrousus atas (OGDS) merupakan kaedah utama untuk mengenal pasti punca pendarahan saluran gastrousus atas. Dalam kebanyakan kes, doktor boleh mengesan dan merawat pendarahan semasa prosedur yang sama, sekali gus mengurangkan keperluan untuk pembedahan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengambilan ubat penahan sakit atau aspirin dan ubat pencair darah untuk tempoh yang panjang berisiko menyebabkan pendarahan dalaman serius pada saluran pencernaan (GI) atas.

Memberikan amaran itu, Pakar Bedah Am Pusat Perubatan Oriental Melaka Straits (OMSMC), Dr Quek Yeow Ling berkata, pesakit dalam kelompok itu dikenal pasti sebagai antara mereka yang berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi berkenaan.

Menurut beliau, risiko sama menanti peminum alkohol secara berlebihan, perokok, warga emas, pesakit yang mengambil pelbagai jenis ubat, serta individu dengan sejarah ulser, penyakit hati atau jangkitan H. pylori tanpa dirawat.

“Bagi mengurangkan risiko pendarahan GI atas, orang ramai dinasihatkan supaya hanya mengambil ubat penahan sakit apabila perlu, serta mendapatkan ubat pelindung perut sekiranya perlu mengambil aspirin atau ubat pencair darah untuk tempoh yang panjang,” katanya.

Jelas Dr Quek, pendarahan GI atas dalam sesetengah keadaan kadang-kala boleh ditentukan berdasarkan keadaan najis yang berwarna hitam.

Katanya, walaupun ia tidak semestinya menandakan masalah kesihatan, ada kalanya keadaan najis seumpama itu boleh menjadi petanda awal pendarahan dalaman yang serius pada GI atas.

“Jika tidak dirawat segera, pendarahan serius itu boleh menyebabkan tekanan darah menurun secara mendadak, mengakibatkan renjatan dan boleh membawa maut.

“Pendarahan GI atas yang melibatkan esofagus, perut atau duodenum adalah satu kecemasan perubatan,” katanya.

Beliau memberitahu, perbezaan antara najis hitam yang berpunca daripada makanan dengan pendarahan dalaman boleh dikenal pasti melalui warna, tekstur, bau serta gejala lain yang dialami pesakit.

Pengambilan makanan seperti rumpai laut, bijan hitam dan beri biru serta suplemen zat besi katanya, boleh menyebabkan najis kelihatan lebih gelap.

“Namun, jika najis berwarna hitam pekat seperti tar, melekit dan berbau busuk, ia berkemungkinan petanda pendarahan dalaman.

“Gejala lain seperti muntah darah sama ada berwarna merah terang atau menyerupai serbuk kopi, pening, pengsan, degupan jantung yang laju, sesak nafas, kulit sejuk dan berpeluh serta sakit pada bahagian atas abdomen,” katanya.

Dr Quek Yeow Ling
Dr Quek Yeow Ling

Dr Quek berkata, ulser perut dan ulser duodenum ialah punca paling lazim untuk pendarahan GI atas.

“Punca lain termasuk gastritis, koyakan Mallory-Weiss akibat muntah yang teruk, variks esofagus yang berkaitan dengan penyakit hati, penggunaan ubat penahan sakit untuk tempoh yang panjang serta jangkitan Helicobacter pylori (H. pylori).

“Kanser esofagus atau kanser perut, walaupun jarang berlaku, juga boleh menjadi puncanya. Jika anda tidak pasti puncanya, jangan tunggu di rumah atau cuba merawat sendiri. Segera ke jabatan kecemasan hospital yang terdekat,” tegasnya.

Dr Quek menarik perhatian, kaedah utama untuk mengenal pasti punca pendarahan ialah melalui prosedur endoskopi saluran pencernaan atas (OGDS). 

Mengulas lanjut beliau berkata, tiub fleksibel yang dilengkapi kamera akan dimasukkan melalui mulut bagi mengesan lokasi pendarahan.

Dalam kebanyakan kes tambahnya, pendarahan boleh dihentikan semasa prosedur yang sama menggunakan klip khas, suntikan atau rawatan haba.

“Rawatan turut merangkumi pemberian cecair melalui saluran intravena (IV), pemindahan darah, ubat untuk mengurangkan penghasilan asid perut seperti proton pump inhibitor (PPI), ubat bagi mengurangkan tekanan pada salur darah pesakit penyakit hati, serta prosedur radiologi untuk menutup saluran darah yang mengalami pendarahan.

“Dengan kemajuan teknologi endoskopi dan radiologi, kebanyakan pesakit kini boleh dirawat tanpa perlu pembedahan.

“Pembedahan hanya dipertimbangkan sekiranya kaedah rawatan lain tidak berjaya menghentikan pendarahan, berlaku pendarahan berulang yang teruk atau pesakit mengalami komplikasi seperti ulser berlubang atau ketumbuhan tertentu,” katanya.

Beliau turut merujuk satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Cureus pada 2025 terhadap 293 pesakit dewasa yang menerima rawatan akibat pendarahan GI atas di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di sini.

Kajian itu mendapati 18.4 peratus pesakit memerlukan rawatan rapi, 7.8 peratus mengalami pendarahan berulang, manakala 4.8 peratus meninggal dunia ketika menerima rawatan, dengan kebanyakan pesakit terlibat berusia 70 tahun ke atas. - Getaran, 17 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

TARA 2 tahun yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Inisiatif 'Program MADANI Afiat' Bawa Khidmat KKM Kepada Komuniti - Dr Zaliha

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 4 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad