KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat kes seorang lelaki yang dipaksa ke dalam sebuah Proton Waja oleh sekumpulan individu, semalam.
Rakaman video kejadian yang turur tular di media sosial memaparkan mangsa dipaksa masuk ke dalam sebuah Proton Waja.
Insiden terbabit yang didakwa berlaku di Taman Impian Emas, Johor Bahru turut menimbalkan kebimbangan terhadap kemungkinan mangsa diculik.
Menurut saksi, orang awam sempat menjerit ke arah kumpulan terbabit, namun tidak diendahkan.
Mereka bagaimanapun tidak berani menghampiri kumpulan tersebut kerana bimbang akan keselamatan diri.
Rakaman video kejadian berdurasi 35 saat yang dimuat naik di Facebook turut mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara ketika dihubungi Harian Metro memaklumkan, kes berkenaan masih dalam siasatan. - Getaran, 15 Julai 2026

