web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

Luar Negara Dikemaskini 1 jam yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2026 10:16AM

Asap tebal dipercayai menjadi punca kematian mangsa - Gambar AP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Sekurang-kurangnya 27 orang maut manakala 63 lagi cedera selepas kebakaran yang berlaku lewat malam tadi memusnahkan sebuah pub popular di Bangkok.

Insiden itu disifatkan antara tragedi kebakaran premis hiburan paling dahsyat di Thailand dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, yang melawat lokasi kejadian mengesahkan pihak berkuasa telah menemui 27 mayat selepas kebakaran tercetus kira-kira jam 11.57 malam Ahad di daerah Chatuchak, Bangkok.

“Kami telah menemui 27 mayat, manakala mangsa lain dihantar ke hospital,” katanya seperti dipetik Reuters.

Menurut Anutin, mangsa yang terselamat memaklumkan, asap tebal memenuhi seluruh premis dalam tempoh singkat selepas kebakaran bermula, menyebabkan ramai pengunjung melarikan diri ke bahagian belakang premis berhampiran tandas, namun mendapati tiada laluan keluar kecemasan yang boleh digunakan.

Pengarah Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Pentadbiran Metropolitan Bangkok, Suriyachai Rawiwan, berkata seramai 63 mangsa yang cedera telah dimasukkan ke hospital.

“Jumlah kematian kekal 27 orang,” katanya kepada Reuters.

Sementara itu, Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt, berkata, 22 mangsa yang dirawat di hospital masih berada dalam keadaan kritikal.

Pasukan penyelamat memaklumkan kebakaran dipercayai bermula berhampiran kawasan pentas hadapan dan telah memusnahkan sebahagian besar premis sebelum anggota bomba tiba di lokasi.

Ia menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa melakukan operasi mencari mangsa yang terselamat dalam bangunan yang dipenuhi asap.

“Kami perlu menunggu hasil siasatan polis,” kata Suriyachai.

Anggota bomba, Chakrit Khongkom, yang merupakan antara pasukan pertama tiba di lokasi, berkata asap tebal menjadi ancaman utama kepada mangsa yang terperangkap di pub Rong Beer Na Lat Phrao.

“Api tidak begitu marak, tetapi asap telah memenuhi 100 peratus ruang dalam premis. Asap berada di mana-mana.

“Kebanyakan mangsa yang terselamat mengalami sesak nafas akibat terhidu asap,” katanya.

Rakaman kamera badan pasukan penyelamat menunjukkan anggota yang memakai alat bantuan pernafasan melakukan pencarian di dalam bangunan yang gelap, dengan ramai mangsa ditemui rebah berhampiran tandas, sementara pengusung dibawa masuk untuk mengeluarkan mereka.

Rakaman itu turut memperlihatkan kerosakan teruk akibat kebakaran di dewan utama, dengan perabot bar masih kelihatan di celah sisa-sisa yang hangus terbakar.

Menurut Chadchart, premis berkenaan memiliki permit operasi yang sah dan dilengkapi laluan keluar kecemasan, namun penyebaran asap yang terlalu pantas dipercayai menghalang ramai pengunjung daripada menyelamatkan diri.

Pasukan forensik meneruskan siasatan di lokasi sehingga awal pagi Isnin bagi mengumpul bukti serta menjalankan proses pengecaman identiti mangsa sebelum mayat dibawa keluar.

Seorang pemuzik yang membuat persembahan di premis itu memberitahu media tempatan, kejadian bermula apabila bekalan elektrik terputus seketika sebelum disusuli asap tebal, satu letupan kuat dan kebakaran yang merebak dengan pantas.

“Selepas letupan itu, saya tidak nampak orang berlari. Kebanyakan mereka rebah di lantai sambil meminta pertolongan.

“Saya berlari dari pentas menuju ke pintu keluar yang terletak kira-kira lima meter. Keadaan sangat gelap, dipenuhi asap dan tiada oksigen,” katanya. - Getaran, 13 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

Sorotan

1

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

2

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

3

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

4

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

5

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

6

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Ikrar Letak Jawatan Jadi Perhatian, Nga Kor Ming Tak Tergugat, Fokus Tugas Rasmi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

oleh Sophia Ahmad