web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 jam yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2026 3:36PM

Mayat mangsa dikenal pasti ibunya berdasarkan pakaian yang dipakai sewaktu dilaporkan hilang - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Sepanggar, Sabah sejak 13 Julai lalu berakhir dengan tragedi, apabila mayatnya ditemukan dalam keadaan reput di kawasan cerun semak berhampiran sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di Kampung Numbak, malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Nurjilya Abdullah ditemukan kira-kira jam 10.38 malam, sekali gus mendorong polis membuka siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Susulan penemuan tersebut, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 39 dan 42 tahun bagi membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Abdul Rahman, berkata sepasukan polis bersama Unit Forensik bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat mengenai penemuan mayat berkenaan.

“Hasil pemeriksaan awal pasukan forensik di lokasi mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan reput.

“Identiti mangsa kemudian disahkan oleh ibunya berdasarkan pakaian yang dipakai ketika dilaporkan hilang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan pakar perubatan forensik mendapati punca kematian dipercayai akibat kecederaan pada bahagian muka dan belakang kepala yang disyaki disebabkan hentakan objek keras dan tumpul.

Bertindak hasil maklumat yang diperoleh sepanjang siasatan, polis kemudian menahan dua lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan polis sedang melengkapkan siasatan termasuk merakam keterangan saksi serta mengumpul bukti berkaitan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Polis (ASP) La Paula Abd Muis di talian 013-5149490 atau tampil ke balai polis berhampiran.

Terdahulu, Nurjilya dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Kampung Numbak Bakau, Sepanggar pada 13 Julai lalu, sebelum polis mengeluarkan notis orang hilang bagi membantu mengesannya. - Getaran, 17 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

2

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

4

Semasa 4 hari yang lalu

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 13 minit yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 minit yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 minit yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad