web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

Politik Dikemaskini 2 jam yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2026 6:17PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak ada keperluan untuk mana-mana menteri, timbalan menteri atau pengerusi badan berkanun meletakkan jawatan susulan dakwaan menyerang ‘rakan seperjuangan’ dalam Kerajaan Perpaduan.

Menegaskan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kuasa untuk menentukan kedudukan mereka terletak sepenuhnya di tangan Perdana Menteri.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, pelantikan seseorang ke jawatan berkenaan adalah hak mutlak Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri, dan sebarang tindakan hanya boleh diputuskan oleh beliau berdasarkan maklumat diperoleh.

“Kuasa pelantikan adalah hak mutlak Perdana Menteri. Jadi, jika Perdana Menteri mempunyai keraguan atau menerima maklumat yang telah disahkan, terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan dan tidak perlu sesiapa meletakkan jawatan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Perdana Menteri supaya mana-mana menteri, timbalan menteri atau pengerusi badan berkanun yang menyerang rakan dalam Kerajaan Perpaduan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) meletakkan jawatan masing-masing.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perkara itu, termasuk kuasa melantik dan menamatkan pelantikan, merupakan prerogatif Perdana Menteri.

Terdahulu, Anwar dilaporkan mengingatkan semua anggota pentadbiran kerajaan dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan supaya tidak menggunakan kedudukan mereka untuk menyerang parti atau pemimpin yang menjadi rakan dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menurut Perdana Menteri, mana-mana pihak yang memilih untuk berbuat demikian perlu bersedia melepaskan jawatan kerana tindakan itu bercanggah dengan semangat kerjasama yang telah dipersetujui dalam kerajaan. - Getaran, 21 Julai 2026.

Berita Berkaitan

1

Politik 6 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

3

Politik 1 bulan yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

4

Politik 2 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad