web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2026 3:34PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Politik Melayu berisiko untuk merosot sekiranya ia terus dibelenggu perpecahan berpanjangan, persaingan berasaskan emosi dan dendam politik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu sekiranya terus dibiarkan, berupaya melemahkan pengaruh masyarakat Melayu serta keupayaannya dalam menentukan hala tuju masa depan Malaysia.

Berucap pada forum Musyawarah Nasional bertemakan 'Keresahan Bangsa Melayu: Apakah Penyelesaiannya', di sini hari ini, beliau berkata, politik Melayu perlu kembali berteraskan rasional, adab dan strategi, serta tidak lagi hanya tertumpu kepada kemenangan pilihan raya semata-mata.

“Keutamaan harus diberikan kepada usaha mengekalkan kestabilan negara, melindungi institusi utama dan memperkukuh perpaduan masyarakat Melayu," katanya.

Tegas Presiden UMNO itu, pertelagahan politik dan rasa tidak percaya yang berterusan dalam kalangan pemimpin Melayu hanya akan melemahkan kedudukan masyarakat Melayu di negara sendiri.

“Orang Melayu tidak boleh terus bersorak ketika kampung tergadai. Politik Melayu mesti kembali kepada tujuan asalnya iaitu menyatukan kekuatan, melindungi kepentingan masyarakat, memelihara Islam, mempertahankan institusi negara dan memastikan Malaysia kekal stabil serta adil.

“Politik bukan sekadar soal merebut kuasa, tetapi merupakan amanah untuk menentukan masa depan negara,” katanya. 

Turut hadir pada forum berkenaan ialah Pengerusi Musyawarah Nasional, Tan Sri Abdul Ghani Othman.

Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata, terdapat persepsi dalam kalangan rakyat bahawa pengaruh politik Melayu kini semakin lemah berbanding sebelum ini.

Katanya, perpecahan menyebabkan suara masyarakat Melayu semakin hilang kekuatan, manakala pertimbangan rasional sering tenggelam akibat sentimen yang tidak terkawal.

“Strategi kita sering ditewaskan oleh emosi. Akibatnya, suara masyarakat menjadi semakin lemah sehingga keresahan kita tidak lagi dipedulikan dan akhirnya diabaikan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa platform Musyawarah Nasional tidak seharusnya sekadar menjadi medan meluahkan keresahan, sebaliknya perlu berfungsi sebagai mekanisme untuk mencari penyelesaian, memulihkan keyakinan rakyat dan menggerakkan kekuatan bersama di bawah satu suara nasional.

Dalam pada itu, Zahid turut melahirkan kebimbangan terhadap kedudukan bahasa Melayu yang semakin terpinggir, selain kurangnya penerapan budaya tempatan dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata, generasi muda kini semakin jauh daripada akar budaya sendiri akibat pengaruh globalisasi, teknologi digital dan budaya luar.

“Adab, warisan dan nilai tempatan semakin longgar dalam kehidupan harian,” katanya.

Menurut beliau, keresahan rakyat turut terserlah melalui pertikaian berulang membabitkan bahasa, identiti dan warisan negara, termasuk kontroversi berkaitan makanan warisan, naratif promosi negara yang didakwa kurang mencerminkan akar Melayu-Islam, serta penganjuran festival tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat tempatan. 

Pada masa sama, Zahid berkata, perpaduan negara semakin tercabar apabila media sosial menjadi platform kepada ejekan kaum dan penyebaran prasangka.

“Istilah seperti ‘Type M’, ‘Type C’ dan ‘Type I’ mungkin bermula sebagai gurauan, tetapi akhirnya menjadi bahasa kemarahan yang tersembunyi,” katanya.

Beliau menegaskan, kebimbangan masyarakat Melayu-Islam bukan berpunca daripada kebencian terhadap kaum lain, sebaliknya timbul kerana sensitiviti agama, budaya, bahasa dan sosial semakin dipandang ringan.

Sehubungan itu katanya,  rangka kerja undang-undang serta garis panduan perpaduan negara perlu diperkukuh bagi memastikan setiap dasar, program dan acara awam menghormati sensitiviti agama, budaya dan bahasa.

“Bahasa Melayu mesti dikuatkuasakan, literasi budaya perlu diperkukuh dan perpaduan mesti dipelihara bukan sekadar melalui slogan, tetapi menerusi dasar, adab dan undang-undang,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar undang-undang sedia ada, khususnya berkaitan penghinaan terhadap agama dan institusi Raja-Raja Melayu, dinilai semula serta diperkasa supaya lebih berkesan dalam menangani cabaran semasa.

“Kebebasan bersuara mesti terus dihormati, tetapi kebebasan tidak boleh menjadi lesen untuk menghina agama, memperlekeh institusi Raja-Raja Melayu atau meruntuhkan asas keharmonian negara,” katanya.

Tegas beliau, Islam sebagai agama Persekutuan dan institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung kedaulatan negara perlu terus dipelihara demi memastikan keharmonian nasional kekal terjamin.

“Apabila dua tonggak ini diganggu, keresahan rakyat tidak boleh dianggap remeh. Ia mesti ditangani secara tegas, adil dan bijaksana supaya maruah agama, institusi negara dan keharmonian nasional terus terpelihara,” katanya. - Getaran, 10 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

2

Politik 3 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

3

Politik 3 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

4

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad