web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

Semasa Dikemaskini 12 minit yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2026 9:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bekas penganalisis bank dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas disabitkan atas kesalahan menjalankan aktiviti urus niaga sekuriti yang dikawal selia tanpa lesen.

Tertuduh, Mohd Arif Fadzlee Mohd Arifin atau dikenali sebagai Arif turut didapati bersalah menyalahgunakan gelaran Perunding Unit Amanah (Unit Trust Consultant, UTC), menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Dia disabitkan bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Seksyen 59(1) dan Seksyen 362(3) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

SC memaklumkan, Arif didakwa pada 23 Januari 2024 kerana memperkenalkan dirinya sebagai wakil CIMB Wealth Advisors Berhad bagi menjalankan urus niaga sekuriti, walaupun tidak memiliki Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (Capital Markets Services Representative’s Licence, CMSRL) yang dikeluarkan oleh SC atau berdaftar sebagai individu dibenarkan.

Urus niaga sekuriti diklasifikasikan sebagai aktiviti yang dikawal selia di bawah Jadual 2 CMSA dan hanya boleh dijalankan oleh individu dengan lesen sah daripada SC.

Tertuduh turut didakwa menyalahgunakan gelaran UTC sehingga memberi gambaran dia diberi kuasa untuk menjalankan urus niaga sekuriti, sedangkan dia tidak memiliki lesen berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan di Petaling Jaya dan Nilai pada tahun 2011.

Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM60,000. 

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil 10 saksi termasuk dua mangsa.

Pada 27 Februari 2026, Hakim Mahkamah Sesyen, Hamidah Mohamed Deril memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dan mengarahkan Arif membela diri terhadap kedua-dua pertuduhan.

Dia kemudian memberi keterangan secara bersumpah bagi pembelaannya, namun tidak memanggil sebarang saksi tambahan.

Dalam penghakimannya, mahkamah mendapati Arif gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan sebelum mensabitkan beliau atas kedua-dua pertuduhan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan, dengan kedua-dua hukuman itu diperintahkan berjalan serentak.

Mengikut Seksyen 59(1) CMSA, individu yang disabitkan menjalankan aktiviti dikawal selia tanpa lesen boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 362(3) CMSA pula, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

SC diwakili Timbalan Pendakwa Raya Annarina Chacko Jacob bersama pegawai pendakwa Mohd Shafiq Azman, Eunice Ong dan Sharifah Noor Effah Syed Ahmad Fuad.

Arif pula diwakili peguam bela Mohamad Salihen Mastor. - Getaran, 23 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 jam yang lalu

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

4

Semasa 3 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

Sorotan

1

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

3

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

4

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad