web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

Semasa Dikemaskini 33 saat yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2026 9:03PM

Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sikap profesional Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi walaupun berbeza parti dan ideologi, menerima pujian ramai hari ini apabila keduanya dilihat berbual mesra apabila bertemu pada mesyuarat Kabinet mingguan di Putrajaya, hari ini.

Anwar turut berkongsi beberapa keping gambar bersama timbalannya itu yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) di media sosial.

Menerusi foto berkenaan, jelas kelihatan kemesraan kedua-dua pemimpin apabila berjalan dalam suasana santai dan tersenyum lebar, meskipun Pakatan Harapan (PH) dan BN sedang bersaing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Gambar-gambar berkenaan dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Anwar selepas Pilihan Raya Johor baru-baru ini, ketika hubungan kerjasama antara kedua-dua gabungan yang membentuk Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terus menjadi perhatian.

Bersama perkongsian itu, Anwar turut memuat naik sebuah pantun yang membawa mesej agar hubungan baik terus dipelihara walaupun wujud perbezaan pendekataan.

Maksud rangkap pantun berkenaan membawa maksud bahawa perbezaan pendapat serta cabaran merupakan lumrah dalam setiap hubungan, namun kerjasama tidak seharusnya diputuskan hanya kerana haluan yang berbeza.

Rangkap penutup pantun, “Berbeza langkah, jangan putus kawan, selagi muafakat, kita sehaluan,” menegaskan bahawa meskipun PH dan BN mempunyai kepentingan politik masing-masing, kerjasama antara kedua-duanya dibina atas dasar persefahaman bersama.

Paparan terbuka semangat perpaduan itu hadir ketika kedua-dua gabungan berdepan cabaran untuk mengimbangi peranan sebagai rakan dalam Kerajaan Persekutuan, dan pada masa sama, berdepan pertimbangan politik yang berbeza di peringkat negeri. - Getaran, 22 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

2

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

3

Politik 3 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad