web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

Semasa Dikemaskini 34 saat yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2026 12:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pengarah syarikat kerugian sebanyak RM10 juta selepas menjadi mangsa penipuan membabitkan pelaburan palsu bagi projek penyelenggaraan jalan raya di sebuah negeri di Pantai Timur.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu Isnin lalu. 

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah diperkenalkan kepada seorang individu pada tahun 2024 yang menawarkan peluang usaha sama untuk mendapatkan projek penyelenggaraan jalan raya di sebuah negeri di Pantai Timur.

“Mangsa kemudian membuat dua transaksi berjumlah RM10 juta ke akaun peribadi suspek selepas dijanjikan kerjasama dalam projek berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata mangsa mendapati projek tersebut sebenarnya tidak wujud selepas melakukan semakan lanjut tahun lalu.

“Mangsa cuba mendapatkan penjelasan daripada suspek, namun individu berkenaan memberikan pelbagai alasan. Menyedari dirinya dipercayai telah ditipu, mangsa kemudian membuat laporan polis,” katanya.

Menurut Hoo, siasatan masih di peringkat awal dan setakat ini belum ada sebarang tangkapan dilakukan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Kesalahan jenayah komersial lazimnya memerlukan dokumentasi lengkap serta rakaman percakapan daripada saksi-saksi berkaitan sebelum tangkapan boleh dibuat.

“Proses ini penting bagi memastikan pihak pendakwaan mempunyai bukti yang mencukupi untuk membuktikan kes terhadap tertuduh di mahkamah,” katanya. - Getaran, 22 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

2

Semasa 4 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

3

Semasa 4 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Semasa 6 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 16 minit yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad