web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Semasa Dikemaskini 23 minit yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2026 11:41AM

Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Network School, yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor, bakal membuka kampus baharunya di Kazakhstan hasil kerjasama dengan kerajaan negara itu.

Pengasasnya, Balaji Srinivasan, mengumumkan, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai antara Network School dan Republik Kazakhstan bagi merealisasikan pembangunan kampus berkenaan.

Menurut beliau, kampus itu dirancang sebagai pusat menghimpunkan bakat teknologi dari seluruh dunia, dengan kemudahan termasuk proses visa yang dipercepatkan, urusan penempatan lebih mudah serta pengambilan bakat secara aktif.

“Saya berbesar hati mengumumkan bahawa satu MoU telah ditandatangani antara Republik Kazakhstan dan Network School.

“Kampus baharu kami akan menjadi hab kepada komuniti global yang optimis terhadap teknologi,” katanya menerusi satu hantaran di platform X.

Sementara itu, Kementerian Kecerdasan Buatan dan Pembangunan Digital Kazakhstan memaklumkan, MoU berkenaan ditandatangani Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kecerdasan Buatan dan Pembangunan Digital negara itu, Zhaslan Madiyev, bersama Balaji.

Kerjasama tersebut merangkumi pembangunan program pendidikan berkaitan kecerdasan buatan (AI), sokongan kepada syarikat pemula niaga (start-up), penyelidikan bersama serta penganjuran persidangan antarabangsa.

Inisiatif terbabit turut bertujuan menarik pakar terkemuka, syarikat teknologi dan pelaburan asing ke Kazakhstan, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara itu sebagai pusat serantau dalam bidang AI dan inovasi.

Perkembangan itu berlaku selepas lesen perniagaan Network School di Malaysia dibatalkan susulan siasatan terhadap dakwaan pelanggaran undang-undang imigresen di kampus Forest City.

Sebelum ini, Balaji dilaporkan menangguhkan rancangan pelaburan lanjut bernilai kira-kira RM500 juta di Malaysia sementara menunggu jaminan berhubung lokasi dan operasi syarikat itu di negara ini. - Getaran, 22 Julai 2026

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Politik 21 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad