web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Buru 2 Suspek Samun, Tendang Wanita Warga Emas 

Video & Galeri Dikemaskini 20 minit yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2026 8:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LKUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian samun membabitkan seorang wanita warga emas berusia lingkungan 80-an di Kampung Baru Selat Pagar, Lenggong, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.10 pagi itu, kedua-dua suspek memecah masuk ke rumah mangsa dengan merosakkan pintu.

Menurutnya, seorang daripada suspek bertindak menolak, menendang dan mengugut wanita itu menggunakan sebatang besi, sebelum melarikan beberapa barangan milik mangsa.

“Siasatan awal mendapati suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta berwarna gelap yang menggunakan nombor pendaftaran dipercayai palsu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti suspek serta mengesan mereka,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata.

Abdul Samad turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 23 saat yang tular di media sosial berhubung kejadian itu boleh disaksikan di pautan https://www.facebook.com/reel/1341142724875721.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat dengan jelas dua lelaki memasuki sebuah rumah sebelum menendang dan menarik tangan seorang wanita warga emas. - Getaran, 22 Julai 2026

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas