web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

Politik Dikemaskini 44 saat yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2026 11:58AM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, membidas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang menyifatkan penyertaan Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sekadar untuk ‘kacau daun’, sambil menegaskan, kenyataan itu tidak mencerminkan kematangan seorang pemimpin kanan.

Muhyiddin berkata, Khaled yang masih berkhidmat sebagai menteri sepatutnya mengeluarkan kenyataan lebih matang dan menghormati proses demokrasi.

“Ini sistem demokrasi. Khaled seorang ahli politik yang sudah lama berkecimpung dan matang. Beliau pernah menjadi menteri dan masih lagi menteri. Tetapi apa yang disebut itu seperti budak-budak.

“Seolah-olah kami ini sampah, tidak bernilai dan tiada pengalaman,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ramah mesra bersama masyarakat di Taman Sri Pulai, Johor malam tadi.

Beliau mengulas kenyataan Khaled sebelum ini yang mendakwa Bersatu hanya bertanding untuk ‘kacau daun’ dalam PRN Negeri Sembilan serta menggesa pengundi memastikan parti itu gagal memenangi sebarang kerusi.

Bekas Perdana Menteri itu mempertikaikan dakwaan berkenaan dengan menegaskan, beliau serta Bersatu mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran dan pemerintahan negara.

Muhyiddin berkata, penyertaan Bersatu dalam pilihan raya adalah selaras dengan amalan demokrasi dan bertujuan mendapatkan mandat rakyat, bukannya untuk menjejaskan peluang mana-mana parti lain.

“Berapa banyak pengalaman Khaled berbanding saya, misalnya? Atau dibandingkan dengan pengalaman parti kami?

“Kami bukan bertanding untuk ‘kacau daun’ atau sebagainya. Kami bertanding kerana mahu menang. Kami boleh cakap secara terbuka bahawa kami mahu menang. Jadi jangan memperlekehkan Bersatu,” katanya.

Beliau turut menggesa pihak lawan supaya menghentikan kenyataan yang memperlekehkan komitmen dan kesungguhan Bersatu dalam menghadapi pilihan raya.

“Setiap parti politik mempunyai hak dalam sistem demokrasi untuk bertanding dan mendapatkan mandat daripada rakyat,” katanya. - Getaran, 23 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

2

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

3

Politik 3 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

4

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad