web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

Semasa Dikemaskini 13 minit yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2026 8:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG - Seorang anggota polis berpangkat koperal polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya yang berusia 11 tahun.

Bapa empat anak yang sedang digantung tugas dan berusia 35 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamarudin.

Mengikut kertas pertuduhan, sebagai bapa kandung serta individu diamanahkan untuk menjaga mangsa, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap anaknya yang ketika itu berusia 11 tahun 10 bulan bagi tujuan seksual.

Perbuatan terbabit didakwa dilakukan di sebuah kediaman di Kuala Kubu Bharu, Rawang, antara jam 9 hingga 10 malam pada 21 Mei, serta sekitar jam 2 petang pada 22 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama, dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.

Sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta sebatan, manakala Seksyen 16(1) membawa tambahan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sekurang-kurangnya dua sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin membantah sebarang ikat jamin diberikan kepada tertuduh dengan memaklumkan, lelaki itu kini turut berdepan satu pertuduhan rogol berasingan membabitkan anak sulungnya yang berusia 18 tahun ketika kejadian.

Menurut pihak pendakwaan, pihak keluarga mangsa telah membuat laporan berhubung gangguan yang dilakukan tertuduh terhadap remaja terbabit, selepas tertuduh dibenarkan ikat jamin bagi kes terdahulu di Mahkamah Kuala Kubu Bharu.

"Justeru, pihak kami memohon mahkamah agar tidak membenarkan jaminan atas faktor kebimbangan tertuduh berpotensi mengganggu mangsa-mangsa," hujah beliau.

Bagaimanapun, peguam bela Muhammad Azim Hilmi Aziz memohon agar anak guamnya diberikan jaminan atas alasan kesihatan, dengan menyatakan tertuduh sedang mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, selain memerlukan ubat-ubatan khas yang didakwa sukar diperoleh di dalam penjara akibat kesan sampingan.

Pihak pendakwaan mencadangkan agar tertuduh ditempatkan di hospital psikiatri sekiranya memerlukan rawatan lanjut, namun pihak pembelaan memaklumkan anak guam mereka tidak memohon perintah sedemikian.

Pihak pembelaan turut memaklumkan, ibu tertuduh bersedia menjadi penjamin serta memastikan kehadiran lelaki itu ke mahkamah.

Bagaimanapun, selepas mengambil maklum bahawa ibu tertuduh menetap di Ipoh manakala alamat terakhir tertuduh adalah di Kuala Kubu Bharu, Hakim Norshila sebulat suara menolak permohonan jaminan tersebut.

Hakim turut mengambil kira laporan keluarga mangsa berhubung dakwaan gangguan dan menegaskan, jaminan hanya akan dipertimbangkan semula sekiranya pihak pembelaan mengemukakan penjamin yang layak serta komited memastikan pematuhan syarat iaitu tertuduh dilarang sama sekali mendekati mangsa.

Mahkamah menetapkan 26 Ogos ini untuk sebutan semula kes bagi pengurusan dokumen dan penelitian status penjamin sekiranya ada.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

2

Semasa 2 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

3

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

4

Semasa 2 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 29 minit yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad