web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


The Food Yard, ‘Port’ Makan Santai Baharu Menanti Anda!

Beroperasi di halaman terbuka bangunan MARA Kuala Lumpur, The Food Yard menawarkan konsep ruang makan terbuka yang selesa dengan gabungan makanan, hiburan dan aktiviti komuniti bermula 28 Julai hingga 1 Ogos 2026

Gaya Dikemaskini 30 saat yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2026 2:13PM

Pelbagai pilihan makanan boleh didapati di The Food Yard untuk anda nikmati bersama insan tersayang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anda bosan dengan pilihan restoran sedia ada? Mahu mencari kelainan dan lokasi makan yang santai dengan pelbagai pilihan makanan?

Jangan bimbang. 

Semua kriteria yang anda mahukan itu ada di The Food Yard.

Terletak di Bangunan MARA Kuala Lumpur, premis ini sekarang adalah  antara lokasi menarik untuk anda kunjungi bersama keluarga, rakan-rakan atau rakan sekerja.

Beroperasi di halaman terbuka bangunan berkenaan, The Food Yard menawarkan konsep ruang makan terbuka yang selesa dengan gabungan makanan, hiburan dan aktiviti komuniti bermula 28 Julai hingga 1 Ogos 2026.

Ruang terbuka dan selesa di The Food Yard
Ruang terbuka dan selesa di The Food Yard

Menurut penganjur, Innova Synergy, nama The Food Yard itu sebenarnya membawa maksud tersendiri. “Food” menampilkan kepelbagaian juadah tempatan, hidangan popular dan makanan viral Malaysia. “Yard” pula menggambarkan ruang terbuka yang luas, santai dan sesuai untuk semua golongan.

“Bukan sekadar tempat menjamu selera, The Food Yard kini hadir sebagai destinasi gaya hidup yang menggabungkan pengalaman makan dengan suasana hiburan,” kata penganjur. 

Antara tarikan utama The Food Yard ialah pilihan lebih 30 vendor makanan yang menawarkan pelbagai menu untuk dinikmati. 

Daripada hidangan berat, makanan santai sehinggalah pencuci mulut, semuanya tersedia di satu lokasi dan satu bumbung.

Antara pilihan makanan di The Food Yard
Antara pilihan makanan di The Food Yard

Jelas penganjur lagi, Food Yard akan beroperasi seawal 10 pagi hingga 10 malam, sekali gus membolehkan pengunjung datang untuk menikmati makan tengah hari, minum petang atau makan malam bersama insan tersayang.

Lokasinya yang strategik di tengah Kuala Lumpur dan mudah diakses turut memudahkan pengunjung untuk hadir. 

Mereka yang menggunakan pengangkutan awam boleh turun di Stesen LRT Bandaraya, manakala pengunjung yang memandu mempunyai parkir kenderaan seperti Bangunan MARA, SOGO dan Pertama Complex.

Selain menikmati pelbagai juadah makanan, pengunjung turut disajikan dengan persembahan buskers tempatan serta persembahan istimewa daripada Maria Kilauan Emas by Hard Band dan Chicken Wings Band!

Antara band yang akan menghiburkan pengunjung
Antara band yang akan menghiburkan pengunjung

Lebih menarik, pelbagai aktiviti turut disediakan termasuk cabutan bertuah, demonstrasi masakan daripada chef terkenal serta photobooth percuma untuk mengabadikan kenangan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Dengan suasana terbuka, pilihan makanan yang menarik dan pelbagai aktiviti untuk dinikmati, The Food Yard menjadi pilihan sesuai untuk mereka yang mahu meluangkan masa berkualiti di tengah kesibukan bandar.

Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke The Food Yard dan rasai sendiri pengalaman makan serta hiburan dalam suasana santai di tengah Kuala Lumpur. - Getaran, 24 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

2

Gaya 4 hari yang lalu

Gen Z Mampu Bercuti Di Hotel Mewah? Kajian Marriott Dedah Realiti Yang Ramai Tak Sedar

3

Gaya 1 minggu yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

4

Gaya 1 minggu yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari