web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

Politik Dikemaskini 39 saat yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2026 5:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan pembentukan Perikatan Barisan Nasional (PBN) oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin mencetuskan kebimbangan beberapa pemimpin UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menolak penggunaan istilah tersebut dengan menyifatkannya sebagai tidak relevan. 

Tegas beliau, kerjasama semasa antara dua blok politik berkenaan bukanlah pembentukan gabungan baharu, sebaliknya hanya satu persefahaman pilihan raya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Katanya, kerjasama itu bertujuan mengelakkan pertembungan calon di kawasan yang sama serta meningkatkan peluang kemenangan, bukannya mewujudkan satu entiti politik baharu.

“Pernyataan beliau (Hamzah) berada di luar konteks perkara yang kita bincangkan sebelum ini. Bagi saya, istilah itu tidak relevan. Ini hanyalah satu kerjasama untuk keadaan semasa.

“Saya tidak tahu bagaimana beliau mentafsirkannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program kempen pilihan raya Negeri Sembilan di Palong 4, Jempol, malam tadi.

Turut hadir pada program berkenaan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, yang berkata, kepimpinan BN tidak pernah membincangkan atau meluluskan penggunaan nama baharu itu.

Beliau menegaskan, kerjasama bersama PN hanya berasaskan persefahaman untuk mengelakkan pertindihan pertandingan kerusi serta memastikan kedua-dua pihak dapat mencapai kemenangan dalam pilihan raya negeri berkenaan.

“Mengenai Perikatan Barisan Nasional, itu adalah kenyataan beliau (Hamzah). Kepimpinan tidak pernah bersetuju dengannya.

“Biarlah kita bekerjasama dan mempunyai persefahaman bersama, elakkan pertembungan kerusi serta berganding bahu untuk menang dalam pilihan raya Negeri Sembilan,” katanya.

Asyraf Wajdi turut berkata, kejayaan kerjasama di Negeri Sembilan berpotensi membuka jalan kepada penyelarasan politik yang lebih luas pada masa hadapan.

“Jika kita dapat bekerjasama dengan baik, Insya-Allah, Negeri Sembilan boleh menjadi permulaan dan pemangkin ke arah perpaduan yang diinginkan oleh umat Islam secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak menerima kerjasama itu dengan ikhlas, sambil menyatakan bahawa langkah berkenaan bertujuan memperkukuh blok pembangkang serta membolehkan pentadbiran yang berkesan sekiranya diberikan mandat oleh rakyat.

“Kita mesti ikhlas. Kita berdoa agar Allah memberkati kerjasama ini dan mempermudahkan segala urusan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata isu penamaan kerjasama BN-PN tidak seharusnya menjadi tumpuan utama pada masa ini.

Beliau berkata sebarang keputusan mengenai perkara tersebut perlu diputuskan oleh kepimpinan tertinggi kedua-dua parti.

“Itu hanyalah cadangan beliau (Hamzah) dan ia akan diputuskan oleh kepimpinan kedua-dua pihak.

“Tetapi saya fikir ia tidak membawa apa-apa perkara yang signifikan dan bukan sesuatu yang perlu diberikan perhatian besar,” katanya. - Getaran, 23 Julai 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 5 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Politik 2 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

4

Politik 3 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 minit yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad