web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

Kolaborasi ini bukan sekadar tentang menghasilkan koleksi denim baharu, tetapi terdapat usaha untuk membawa perhatian kepada isu keadilan makanan

Gaya Dikemaskini 5 jam yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2026 2:18PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Fesyen sering dilihat sebagai satu bentuk ekspresi diri, tetapi bagi sesetengah jenama, pakaian yang dihasilkan boleh membawa cerita yang jauh lebih besar daripada sekadar gaya.

Itulah yang cuba diketengahkan menerusi kolaborasi antara Levi’s® dan Sky High Farm Goods (SHFG), yang mempertemukan dua jenama dengan latar belakang berbeza tetapi berkongsi kepercayaan terhadap kerja keras, komuniti dan usaha menggunakan pakaian sebagai satu kuasa untuk membawa perubahan positif.

Kolaborasi ini bukan sekadar tentang menghasilkan koleksi denim baharu. Di sebalik setiap helaian yang direka, terdapat usaha untuk membawa perhatian kepada isu keadilan makanan, pertanian regeneratif dan kepentingan memastikan komuniti mempunyai akses kepada makanan segar serta berkhasiat.

Sky High Farm Goods diasaskan oleh artis Dan Colen dan Daphne Seybold pada 2022 sebagai sebuah jenama berteraskan misi. Ia diwujudkan bagi menjana pendapatan dan meningkatkan kesedaran terhadap kerja Sky High Farm, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan di Lembah Hudson, New York.

Organisasi ini menggunakan pendekatan pertanian regeneratif untuk menghasilkan makanan berkhasiat, sambil memberi perhatian kepada kesihatan tanah, pemeliharaan biodiversiti dan usaha memperluaskan akses kepada makanan segar untuk komuniti yang memerlukan.

Sky High Farm Goods pula menggunakan dunia perdagangan dan budaya, termasuk fesyen, kecantikan dan makanan, untuk membantu membawa misi tersebut kepada khalayak lebih luas. 

Hasil yang dijana melalui jenama ini disalurkan bagi menyokong usaha organisasi bukan berasaskan keuntungan itu. Pendekatan inilah yang menjadikan kolaborasi bersama Levi’s® mempunyai makna tersendiri.

Sebagai sebuah jenama yang sinonim dengan denim dan pakaian kerja, Levi’s® mempunyai sejarah panjang dalam menghasilkan pakaian yang direka untuk digunakan dalam kehidupan sebenar. 

Kolaborasi ini mengambil inspirasi daripada hubungan tersebut menerusi koleksi yang diinspirasikan oleh pakaian kerja dan kehidupan para petani.

Hasilnya ialah koleksi yang menggabungkan identiti klasik Levi’s® dengan elemen visual dan reka bentuk Sky High Farm Goods. Jaket, kot kerja, rompi, seluar jean, overall dan pakaian utiliti menjadi sebahagian daripada koleksi yang membawa semangat kehidupan di ladang ke dalam gaya harian.

Koleksi tersebut turut menggunakan kapas organik dan kapas peralihan, iaitu kapas yang ditanam di ladang yang sedang melalui proses peralihan daripada amalan pertanian konvensional kepada kaedah pertanian organik atau regeneratif yang diperakui.

Kempen kolaborasi ini pula membawa dunia perladangan ke tengah-tengah kota menerusi latar Bond Street, New York. Konsep tersebut cuba menghubungkan dua dunia yang kelihatan berbeza, ladang dan bandar, tanah dan konkrit, sambil mengingatkan bahawa apa yang berlaku di ladang sebenarnya mempunyai kaitan langsung dengan kehidupan kita.

Ada hubungan antara tanah dengan makanan yang sampai ke meja, antara petani dengan mereka yang menikmati hasil tanaman, serta antara sistem makanan dengan komuniti.

Pelancaran koleksi di New York turut disertai sebuah pasar tani yang mengetengahkan petani, syarikat makanan dan organisasi keadilan sosial tempatan dari kawasan New York Tristate.

Di Malaysia, koleksi Levi’s® x Sky High Farm Goods akan tersedia mulai 25 Julai 2026, jam 10 pagi, di butik Levi’s® Suria KLCC, Mid Valley Megamall dan secara dalam talian, dengan harga antara RM239 hingga RM869.

Namun, di sebalik denim dan pakaian utiliti yang menjadi tarikan utama, kolaborasi ini membawa mesej yang lebih luas bahawa apa yang kita pakai juga boleh membuka ruang untuk memahami bagaimana makanan dihasilkan, siapa yang mengusahakannya dan mengapa usaha membina sistem makanan yang lebih adil penting untuk masa depan komuniti. - Getaran, 21 Julai 2026

Foto : Levi’s®

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 hari yang lalu

Gen Z Mampu Bercuti Di Hotel Mewah? Kajian Marriott Dedah Realiti Yang Ramai Tak Sedar

2

Gaya 5 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

3

Gaya 1 minggu yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa