web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gen Z Mampu Bercuti Di Hotel Mewah? Kajian Marriott Dedah Realiti Yang Ramai Tak Sedar

Laporan itu turut menunjukkan tiada satu definisi yang benar-benar menggambarkan cita rasa Gen Z terhadap percutian mewah

Gaya Dikemaskini 5 jam yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2026 2:23PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gen Z sering dikaitkan dengan cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat. Sebab itu, ramai yang beranggapan percutian di hotel mewah bukanlah sesuatu yang boleh dinikmati oleh generasi ini.

Namun, satu kajian terbaharu oleh Luxury Group by Marriott International memberi gambaran yang sedikit berbeza. Kajian mendapati sebahagian Gen Z yang berada dalam kelompok berpendapatan tinggi bukan sahaja mampu membiayai sendiri percutian mereka, malah semakin mementingkan pengalaman apabila memilih hotel dan destinasi percutian.

Laporan yang melibatkan 2,800 pelancong mewah di lapan pasaran Asia Pasifik, termasuk 1,200 responden Gen Z berusia antara 18 hingga 29 tahun, mendapati lebih separuh daripada mereka membiayai sendiri kos percutian, manakala hampir separuh lagi merancang sendiri setiap aspek perjalanan tanpa bergantung kepada orang lain.

Apa yang menarik, kemewahan bagi golongan ini bukan lagi hanya diukur berdasarkan jenama hotel atau taraf bintangnya. Sebaliknya, pengalaman yang ditawarkan sepanjang percutian menjadi pertimbangan utama.

Kajian mendapati 87 peratus responden memilih destinasi berdasarkan peluang untuk menyelami budaya tempatan. 

Pengalaman menikmati makanan tempatan pula menjadi keutamaan kepada 86 peratus responden manakala 86 peratus memilih lokasi yang dekat dengan alam semula jadi dan percutian yang mempunyai elemen kesejahteraan atau wellness menjadi pilihan 85 peratus responden.

Laporan itu turut menunjukkan tiada satu definisi yang benar-benar menggambarkan cita rasa Gen Z terhadap percutian mewah. Ada yang masih mengutamakan reputasi hotel, layanan premium dan jenama terkenal, manakala sebahagian lagi melihat percutian sebagai peluang untuk memulihkan kesihatan fizikal dan mental melalui pengalaman wellness

Tidak kurang juga yang lebih gemar destinasi yang tenang, kurang dikenali dan jauh daripada kesibukan, selain mereka yang memilih perjalanan sebagai cara untuk mengenali budaya, warisan serta asal-usul keluarga.

Selain meneliti corak perjalanan Gen Z, laporan itu turut mendapati pelancong mewah di Asia Pasifik kini cenderung mengurangkan kekerapan percutian, tetapi memanjangkan tempoh setiap perjalanan. 

Purata percutian antarabangsa dijangka meningkat daripada tujuh malam kepada sembilan malam, sekali gus mencerminkan kecenderungan untuk memberi lebih tumpuan kepada kualiti pengalaman berbanding jumlah perjalanan yang dilakukan.

Bagaimanapun, hasil kajian ini tidak bermaksud semua Gen Z mempunyai kemampuan kewangan yang sama. Marriott menjelaskan kajian tersebut hanya melibatkan responden daripada kelompok 10 peratus penduduk paling berpendapatan tinggi di Australia, India, Indonesia, Jepun, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam. 

Justeru, hasil kajian ini menggambarkan corak perjalanan Gen Z yang berkemampuan, bukannya keseluruhan generasi muda di rantau Asia Pasifik.

Walaupun begitu, satu perkara yang jelas ialah definisi percutian mewah dalam kalangan Gen Z semakin berkembang. 

Bagi mereka yang mempunyai kemampuan, kemewahan bukan lagi sekadar menginap di hotel bertaraf lima bintang, tetapi juga menikmati pengalaman yang lebih bermakna, sama ada meneroka budaya tempatan, menikmati alam semula jadi, memberi perhatian kepada kesejahteraan diri atau sekadar mencari ketenangan ketika bercuti. - Getaran, 19 Julai 2026

Foto . Marriott

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 1 minggu yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 4 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon